6 Disember 2016

Dato Siti Nurhaliza Memukau Di Gegarvaganza 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Siapa yang sudah menonton Konsert Gegarvaganza 3 Akhir? Rasa - rasanya ramai yang sudah menyaksikan dan mengetahui siapakah pemenang dan kedudukan peserta. Tetapi , di sebalik itu , terdapat satu persembahan yang diperkatakan oleh ramai pihak. Sudah semestinya persembahan artis jemputan iaitu Dato Siti Nurhaliza.
Sejujurnya , ramai yang tidak tahu bahawa malam tersebut beliau akan membuat persembahan.  Apa yang pasti persembahan beliau begitu menarik dan sungguh dahsyat. Vokal yang sungguh bertenaga, dan yang lebih menarik adalah tiga buah lagu disampaikan dalam masa 5 minit.
"Tiga lagu disampaikan secara medley iaitu lagu Dialah Di Hati daripada album Prasasti Seni (2004) , lagu Kau Kekasihku daripada album Pancawarna (1999) serta lagu Balqis daripada album Sahmura  (2000)."
Apa yang menarik , susunan bagi ketiga-tiga lagu tersebut merupakan susunan daripada konsert dan persembahan beliau yang terdahulu. Bagi lagu Dialah Di Hati , ianya merupakan susunan seperti ketika Konsert SATU Suara Vol 2 yang berlangsung di Istana Budaya  pada tahun 2015. Manakala , bagi lagu Kau Kekasihku , ianya mengambil susunan daripada Konsert Unplugged pada tahun 2015 juga. Dan lagu terakhir iaitu lagu Balqis diambil daripada persembahan beliau ketika di Anugerah ERA 2005.
Persembahan pada Anugerah ERA 2005 merupakan antara persembahan paling jujur daripada beliau. Nanti aku ulas tentang persembahan tersebut. Disebabkan persembahan Balqis di Gegarvaganza ini , ianya turut dapat mengimbau persembahan beliau yang 10 tahun yang lalu.
Sememangnya kemunculan beliau pada konsert tersebut mengubat kerinduan rakyat Malaysia untuk melihat beliau menyanyi di pentas secara langsung. Sudah lama rasanya beliau tidak membuat persembahan secara langsung. Ada juga penonton yang lupa bahawa mereka sedang lihat konsert Gegarvaganza. Jadi , jom kita lihat sedikit komen daripada penonton. 


" The power of Siti Nurhaliza , semua diam dan mata fokus ke tv sepanjang di nyanyi tadi. No matter what songs."
"Last but not least, i have mad respect and lots of love for you Siti Nurhaiza. My diamond forever."
"Penyanyi lain bagai nak rak control suara masa nyanyi tadi.. Siti Nurhaliza nyanyi selamba jeee."
"Apasal bila Dato Siti Nurhaliza masuk je semua aura yang bertanding hilang? Dah macam concert dia pulak dah.. aku pun macam ternganga je.. hebat la..."

Di atas merupakan beberapa komen daripada para penonton dan rakyat Malaysia. Betapa semua orang terkesima melihat persembahan beliau pada malam tersebut. Apa yang mengembirakan aku adalah apabila bulan disember ini banyak acara yang melibatkan beliau. Antaranya , tontonan Muzik Video Memories , iaitu duet bersama mendiang Whitney Houston , dan juga tontonan konsert Siti Nurhaliza and Friends. Seterusnya ada pulak Anugerah Industri Muzik.
Untuk konsert Siti Nurhaliza and Friends , aku merupakan salah seorang daripada puluhan ribu yang datang menonton konsert tersebut. Sememangnya konsert tersebut merupakan antara konsert terbaik yang pernah dihasilkan beliau. Nanti aku cerita pasal konsert tersebut.
Harapan aku adalah supaya beliau terus menyinari dunia muzik tanah air. Biarlah sehingga sampai bila-bila. Aku juga harap beliau dikurniakan apa yang dihajati. Akhir sekali , terima kasih kepada Dato Siti Nurhaliza kerana memberi rakyat Malaysia suatu "hiburan " yang sangat bermakna.
 
 Sekian.

Credit gambar : instagram sharpshooterphotographer
                            : twitter search siti nurhaliza
Read more ...

2 Disember 2016

Gangguan di Hujung Tahun : Edisi Belajar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kembali bersua dalam blog ini. Baiklah , kali ini aku nak cerita pasal apa yang akan terjadi dalam hidup aku dalam tempoh masa sebulan yg akan datang. Bukannya apa, aku sekadar nak meluahkan perasaan aku tentang apa yang bakal terjadi.
1. Junior Recital
Junior recital akan berlaku dalam jangka masa seminggu sahaja lagi . Aku perlu membuat persembahan selama 30 minit secara solo di hadapan pensyarah. Sebanyak 3 lagu yang aku akan mainkan. Persiapan aku setakat ini hanyalah 45 % sahaja. Sebab apa? Sebab aku tak ready lagi. Baru berlatih hanya beberapa lagu sahaja. Mungkin sebab sebelum ini aku busy dengan concert composer series.
Perasaan aku sekarang ni , tak berapa cuak sangat. Berbanding dengan diploma recital pada bulan 10 tahun lepas, aku rasa cuak gila time tu. Tapi sekarang , semuanya berbeza. Mungkin kerana pemikiran aku, aku hanya mahu menghabiskan persembahan tersebut. Asalkan habis!  
2. Exam / Kuiz
Rasanya bila semester hanya berbaki 4 minggu sahaja ni , lebih banyak exam dan kuiz akan dijalankan. Memandangkan banyak subjek yang masih belum habis belajar, aku rasa lagi banyak benda nak kena buat. Contohnya macam subjek EWC, GERMAN, RESEARCH.
Semuanya aku rasa belum ada kuiz atau exam lagi. Aduss, bila aku menulis pun dah rasa sakit kepala , belum lagi bila mana nak buat kerja tersebut. Exam pastinya akan ada, untuk subjek german ada lakonan pulak, nak kena hafal skrip.  

 
3. Final Studio Exam
Seperti biasa, setiap semester akan ada studio exam. Dan bila mana final ni , aku rasa macam tak takut sangat, sebab lagu exam adalah lagu yang sama mana junior recital. Jadi, aku boleh jadikan junior recital tu sebagai praktis sahaja.
Cuma satu part yang aku risau gila , scale and the gang. Aku paling fail part tu sejak masuk degree ni. Kalau dengan pensyarah sebelum ni macam oke sikit. Sebab dia bagitau apa yang masuk time exam, tapi kali ni , masa exam baru dia tanya. Mana boleh? 
 
4. Teaching Pedagogy
Aku still berfikir kenapa aku amik subjek ni? Aku ingat subjek ni boleh tolong aku untuk hidup dengan lancar semester ni , tengok-tengok? Sudahlah dapat lecturer yang sangat "baik". Tiba-tiba kena mengajar pulak dalam kelas, aku bukannya amik kos education, tapi performance.
And yang paling aku risau nak cari student tu, mana nak cari budak bawah umur 15 and org tua atas umur 35? Aku mana kenal sesiapa dekat Shah Alam ni. Aduyaiii. 

5. Final Writing Exam
 Yang ni rasanya exam bertulis terakhir aku untuk pengajian ijazah aku. Sebab semester depan dengan semester terakhir dah takda dah paper bertulis. Alhamdulillah. Aku rasa sekarang ni mungkin tak risau sangat sebab masih lambat lagi sebab dijangka exam tersebut pada penghujung disember atau awal januari.

Kesimpulannya,
Kadang-kadang aku rasa sesuatu benda tu macam susah sangat untuk aku lalui. Aku rasa tak mampu , tapi bila dah rasa benda yang kita rasa susah tu sebenarnya kita mampu. Tapi entahlah. Perasaan aku kosong. Fikiran aku hanya tertumpu pada family di rumah. Aku nak hidup di rumah tanpa perlu belajar atau kerja. Hanya goyang kaki di rumah. Boleh macam tu? 

Read more ...

26 November 2016

Cuti Seminggu : Sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama rasanya aku tak tulis sebarang entri. Mungkin kerana sibuk dengan kerja-kerja degree. Biasalah , di hujung-hujung semester, sudah semestinya setiap pelajar mula merasakan tekanan. Aku sendiri sibuk dengan latihan dan juga persediaan untuk exam.

Untuk pengetahuan anda semua,aku terlibat dengan Concert Composer Series 2016. Apakah itu? Nanti aku ceritakan dalam entri khas berkenaan konsert berkenaan. Sesungguhnya banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat bila mana aku sertai konsert berkenaan.

Untuk pengetahuan semua , semua pelajar degree UiTM mendapat cuti selama seminggu. Setelah 10 minggu berhempas pulas, kini tiba cuti pertengahan semester. Walaupun bagi aku sendiri bukanlah seperti cuti , sebab aku terpaksa berlatih untuk recital. Apa itu recital? Nanti aku ceritakan dalam entri khas.
Sekian sahaja entri aku hari ini. Dah penat, nak tido kejap.
Sekian. 
 
 
Read more ...

18 November 2016

"Anak- anak membesar, ibu bapa semakin tua."



Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Perkara paling aku takut adalah melihat ibu bapa aku semakin tua."

Dalam tak sedar, semakin hari bukan kita sahaja yang semakin berusia, tetapi juga kedua ibu bapa kita. Kalau di masa kecil , seringkali terfikir bilalah diri nak membesar, tetapi kita lupa bahawa bukan kita sahaja yang membesar.
Kerap kali aku terfikir , boleh tak kalau aku membesar tetapi kedua orang tua aku tak perlu tambah umur lagi. Aku takut sangat. Aku takut bila nak hadapi perpisahan di dunia. Bila aku fikir balik , banyak jasa kedua orang tua aku membesarkan 4 orang anak.
Aku takut nak mintak duit daripada parent. Aku akui sekarang ini , ketika belajar , aku terpaksa mengikat perut dan hanya berharap pada rezeki sahaja. Susah untuk aku meminta wang daripada parent. Kerana apa? Aku sedar, bila aku balik rumah, kadang-kadang susah untuk keluarga aku membeli barang-barang. Kerana keluarga yang ramai.
Bila mana aku makan mahal-mahal seperti KFC, aku terfikir , apa yang parent aku makan dekat rumah? Bila aku beli baju baru , aku terfikir pernah tak parent aku dapat baju baru? Baru aku sedar , dah lama mereka tak beli baju baru. Jadi , aku takut nak minta baju baru. 
PTPTN
Sebab tu bila mana aku dapat PTPTN, aku akan berikan kesemuanya kepada parent aku. Walaupun duit itu untuk pendidikan aku , tapi aku rasa baik aku bagi dekat parent. Pernah mak aku tanya , " Kalau mak amik RM200 dari angah punya PTPTN takpa ka?". Apa perasaan anda semua? Aku sedih bila fikir pasal keluarga.
Aku rasa bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang harmoni.Susah untuk tengok keluarga aku bergaduh. Beberapa sahabat aku mempunyai masalah dalam keluarga mereka, contohnya cerai berai dan lain-lain. Aku bersyukur sangat sbb ayah aku sangat sayangkan mak aku.
Bila aku tengok balik gambar-gambar yang diambil dari tahun ke tahun, aku dapat lihat perbezaan ketara pada wajah kedua ibu bapa aku. Mereka semakin tua. Aku tak dapat terima bahawa suatu hari nanti mereka akan meninggalkan aku. Bila aku tengok orang tua yang sangat tua, aku terfikir adakah nanti parent aku akan tua macam tu?
Akhir sekali , aku berikan kepada anda semua sebuah video sedih tentang ibu bapa. 
 Sekian terima kasih.

Read more ...

17 November 2016

Ulasan 10 Muzik Video Terbaik Dato Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini aku nak ulas 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan oleh Dato Siti Nurhaliza sepanjang pembabitan beliau dalam industri seni suara. Sememangnya penyanyi No 1 negara ini tidak pernah lekang daripada persada seni negara. Setiap tahun pasti akan ada khabar berita daripada beliau sama ada mengenai nyanyian mahupun kebajikan yang dilakukan. Oleh itu , mari kita lihat 10 muzik video terbaik yang dihasilkan.

1. Tak Boleh Lupa


Merupakan sebuah lagu dipetik daripada album Adiwarna (1998). Bagi aku sendiri muzik video ini mempunyai penceritaan tersendiri. Kita boleh lihat dalam video tersebut , bagaimana Dato Siti menjadi seorang pelayan restoran. Plot jalan cerita yang simple iaitu perkenalan antara pelayan wanita dan seorang lelaki di dalam restoran. Kemudian mereka keluar bersama dan bercinta, tetapi terhenti kerana lelaki tersebut mempunyai wanita lain. Di akhir video , ada seorang lelaki lain yang datang ke restoran tersebut.
:: Mudah difahami dan menarik.  


2. Gelora Asmara



Sebuah lagi lagu yang dipetik daripada album yang sama iaitu album Adiwarna (1998). Sebuah muzik video yang mudah. Hanya melibatkan Dato Siti seorang sahaja dari awal sehingga akhir. Bagi pendapat aku sendiri , video ini boleh digambarkan sebagai seorang pengantin yang lari daripada kenduri kahwin. Hahaha.*opss. Kemudian mengikut lirik lagu ini, ianya seperti seorang yang pernah dikecewakan bertemu dengan seseorang. Apa yang menarik perhatian aku adalah bila Dato Siti sendiri memakai gaun pengantin di celah-celah kayu atau ranting. Beliau seumpama Cinderrela yang sedang lari apabila waktu sihirnya sudah hampir tamat.
:: Pemandangan dan juga gaun pengantin yang cantik. 

3. Badarsila



Sanggar Mustika (2002) merupakan album tradisional Dato Siti Nurhaliza yang ke 3. Menghimpunkan lagu-lagu berhantu seperti Nirmala, Kurik Kundi dan Badarsila. Bercakap tentang muzik video, aku memilih muzik video Badarsila ke dalam senarai kerana muzik video ini sangat klasik. Klasik dari segi pemilihan tempat serta suasana yang digambarkan. Pendapat aku , muzik video ini tentang seorang gadis melayu yang sedang berbicara sendirian. Apa yang menarik adalah apabila orang di belakang menari di sesetengah babak. Cukup melambangkan budaya melayu.
:: Hanya kipas tahun 50-an dan buku-buku di atas meja sudah menjadikan video ini menarik. 

4. Debaran Cinta




Muzik video yang sangat lain dimana kita semua dapat melihat Dato Siti Nurhaliza berlakon secara keseluruhannya. Dipetik daripada album E.M.A.S (2003), sebuah lagu yang menarik tentang cinta. Secara ringkasnya , muzik video ini tentang seorang wanita dan tiga rakannya. Wanita tersebut terpaksa berpisah dengan lelaki yang rapat dengannya. Beberapa tahun kemudian, mereka sudah bekerjaya, dan wanita tersebut masih lagi merindui kenangan silam. Di akhir video , si wanita mendapat emel daripada si jejaka. Ringkas tetapi romantik. 
Banyak babak yang aku suka. Antaranya bila mana part Dato Siti bermain futsal dan Nicholas Saputra menunjukkan riak wajah yg risau. Selain itu , babak Dato Siti Dan Nicholas menang sebagai pasangan terbaik. Sangat menarik!
:: Salah satu video yang aku suka sebab ada 3R dan juga Nicholas Saputra

5.  Ku Milik Mu




Dipetik daripada album E.M.A.S (2003) sebuah lagu yang bertajuk Ku Milikmu. Sememangnya lagu ini mempunyai sejarahnya tersendiri iaitu lagu yang berjaya melangkah ke final AJL 2003.  Apa yang menarik adalah muzik video ini adalah satu lagi kerjasama antara pihak Dato Siti dan juga TM , sama seperti muzik video Debaran Cinta. Apa yang menarik adalah busana beliau dan juga rambut. Rambut AFRO!! Menarik kerana kita dapat melihat bagaimana teknologi digunakan dengan lebih meluas dalam video klip.
:: Dapat lihat perubahan beliau melalui peredaran masa. 

6. Dialah Di Hati




Album Prasasti Seni (2004) merupakan salah satu album terbaik yang pernah dihasilkan. Video klip yang dihasilkan juga cukup berkualiti. Dialah Di Hati merupakan single daripada album tersebut. Apa yang menarik tentang video klip ini adalah tarian capoeira. Sungguh unik bagaimana tarian tersebut dapat menjadikan video klip ini menarik. Dengan busana merah yang sangat cantik , sememangnya video yang simple ini memang bagus.
:: Tarian menarik dan muzik video bagus. 

7. Pejam Mata Mu



Sekali lagi , daripada album Prasasti Seni (2004) , sebuah lagu yang jarang kita dengar Dato Siti nyanyikan. Muzik video yang ringkas , tentang wanita dan lelaki. Apa yang menarik sudah semestinya terdapat elemen-elemen percintaan antara lelaki dan wanita. Selain itu, wajah beliau yang sangat jelita sungguh menawan. Dapat dilihat juga beliau menggunakan komputer berjenama Apple. *HAHAHA.
:: Tahniah untuk muzik video dan lagu yang sangat merdu. 

8. Seindah Biasa


Lagu Seindah Biasa merupakan lagu daripada album Prasasti Seni (2004). Lagu ini sangat merdu dan sering kali diputarkan setiap tahun tanpa jemu. Mengenai video klip, apa yang menarik adalah di permulaan dapat kita lihat Dato Siti sendiri memandu kereta antik. Kemudian , di kawasan hutan rimba yang cantik, terdapat pula seekor kancil atau pelanduk? Sangat menarik. Apabila flora dan fauna dimasukkan ke dalam video klip bagi lagu yang penuh bersemangat ini. Salah sebuah video klip terbaik!
:: Seindah Biasa sememangnya lagu tema bagi peminat Dato Siti Nurhaliza 

9. Bisakah




Lagu yang dipetik daripada album terbaik yang pernah dihasilkan beliau iaitu Transkripsi (2006) , lagu ini merupakan lagu ciptaan Aubrey Suwito. Video klip yang sangat mengujakan. Apa yang menarik adalah apabila Dato Siti boleh diibaratkan sebagai seorang bidadari yang membantu memberikan semangat buat seorang wanita yang agak jauh tersesat. Agak sedih apabila melihat wanita tersebut tidak diterima keluarganya , dan di pengakhiranya keluarganya menerima wanita tersebut. Siapa wanita tersebut ? Nadiya Nissa!!
Sebuah muzik video yang penuh penceritaan dan sedih. Berlatarbelakangkan KG Baru , Kuala Lumpur dan juga KLCC. Sangat menarik.
:: Nadiya Nissa di awal pembabitannya dalam bidang lakonan. 

10. Menatap Dalam Mimpi



Untuk akhir sekali , aku dah pernah ulas secara keseluruhan di dalam entri lain, (Lihat entri) muzik video Menatap Dalam Mimpi daripada album Unplugged (2015). Sebuah muzik video yang sangat cantik. Bagaimana seseorang itu rindukan bapanya. Dan di taman yang penuh dengan bunga-bunga. Sesungguhnya ianya merupakan penanda aras bagi kejayaan beliau dan pencapaian beliau. Tahniah.
:: Tak sabar tunggu muzik video terbaru!! 



Fuhh... 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan beliau. Aku rasa ada lagi beberapa muzik video yang boleh dimasukkan dalam senarai contohnya macam muzik video Sebenar Cinta di mana ada Rosyam Nor dalam muzik video tersebut. Menarik kan? Apa yang aku harap adalah semoga selepas ini lebih banyak muzik video yang menarik di hasilkan oleh pihak pengurusan beliau. 

Sekian Terima kasih. 









Read more ...