11 April 2013

Perkahwinan PELIK Dalam Sejarah

Assalamualaikum..
 Tak tercapai dek akal saya bila membaca artikel kisah pernikahan yang sengal dan pelik ini. Tak pernah-pernah dibuat orang. Jom kita baca. Agaknya dah lama forever alone kot.



Pernikahan dgn tiang Besi



Perkahwinan dengan Eiffel Tower ni dilakukan oleh seorang perempuan bernama Erika yang tinggal di San Francisco. Erika adalah seorang bekas tentera. Menurut Erika, dia dah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta dengan benda-benda. First sekali dulu dia pernah jatuh cinta dengan panah. Lepas tu cinta dia beralih ke Tembok Berlin. Lagi dahsyat, dia mengaku pernah melakukan hubungan fizikal dengan sekeping pagar yang dia simpan kat bilik dia. Last sekali minah ni pilih untuk berkahwin dengan Eiffel Tower dan nama dia pun dia tukar jadi Erika La Tour Eiffel. Kenapa agaknya dia lebih sanggup kahwin dengan benda? Ini lah alasan dia:

"Saya hanya tidak faham bagaimana banyak pasangan boleh memiliki anak dari hasil hubungan mereka, tapi pada akhirnya dicampakkan".

Oklah, alasan macam boleh pakai, tapi tak payah lah kut sampai nak kahwin dengan menara! Psycho ok? Tapi belum cukup psycho sebab ada satu lagi perkahwinan pelik yang korang kena baca.


Pernikahan dengan diri sendiri



Haha. Yang ni Memang habis psycho dah aku rasa. Perkahwinan pelik ni dilakukan oleh seorang Lelaki di Cina yang bernama Liu Ye. Macam mana nak kahwin dengan diri sendiri? Liu melakukan perkara ni dengan mem-print-kan gambar dia yang dah siap berdandan macam pengantin perempuan atas papan styrofoam. Liu ambil keputusan untuk kahwin dengan diri dia sendiri untuk membantah tuduhan orang ramai yang kata di ni gay. Ha, baguslah. Daripada orang kata kau gay, terus diorang kata kau gila


Pernikahan dgn Bantal 

 


Perkara gila ni dilakukan oleh seorang lelaki Korea, Lee Jin-gyu. Lee sangat obsess dengan satu serial anime: Mahou Shoujo Lyrical Nanoha, sampaikan bantal kesayangan dia pun menampilkan salah satu karakter gadis ajaib dalam cerita tersebut. Perkahwinan dia dengan bantal tu bukannya satu perkahwinan yang main-main ok. Segalanya dirancang dengan serious. Siap ada tok kadi dan majlis khas. Aku rasa bantal tu kalau boleh bercakap pun tak ingin nak kahwin dengan psycho macam kau, Lee. Tapi, dah nasib kau jadi bantal, terpaksa lah pasrah je. Gila tak? Tunggu sampai kau orang baca perkahwinan pelik yang seterusnya 


 Sumber : sini

P/S : Pelik2 manusia sekarang!! :D

4 ulasan:

  1. sangatlah pelik manusia sekarang ni..

    BalasPadam
  2. dunia dah tua macam -macam ragam manusia ^_^

    BalasPadam
  3. lol. lucu kali ne korang. pelik kali korang korang macam ini. :) mampir ke blog saye ye http://tiara-effendi.blogspot.com/

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.