21 April 2013

Poli+ tikus?? = POLITIKUS??

Assalamualaikum dan selamat malam..


Nampak gambar atas tu??Means??haha..mesti korang inagt entry pasal politik kan??Yup..just nak share dgn korang..

What actually happens at my hometown..Macam ni,ada puak2 yg berbeza parti..mmg la..semua tempat akan ada camtu..tpi yg peliknya...ada satu puak ni yg ber"perangai" pelik.Pelik macam mana??

Nak tau,penuh dekat laluan nak masuk taman rumah angah dengan pelbagai replika yg pelik2..tpi takpa la..asalkan replika tu tak mengganggu angah sudah la..cuma yg angah tak suka dari segi silaturahim..ya..nampak macam makin truk..sebab katakanlah..ada sorang pakcik ni yg geng kepada pihak lain...datang kt kedai makan tu,pastu ada pulak ramai geng2 puak yg lain...dihalaunya pakcik yg geng satu lagi tu..kenapa??

Kenduri kendara,kenduri yg diadakan betul2 beberapa rumah dari rumah si polan ni...tapi yg sedihnya dia tidak dijemput ke majlis kenduri tu,satu family..kesian sangat...
Geng bini2 sedang bersembang..tiba2 datang sorang makcik yg suaminya geng kepada pihak satu lagi..malangnya makcik tu terus diboikot mereka....sedangkan beberapa bulan sebelum tu..boleh aje nak bersembang sekali..

Khemah Parti,ya ada khemah2 parti dekat taman angah ni..cuma yg menjadikan keadaan tak begitu best adalah bila ada replika meriam yg betul2 dituju kepada khemah satu lagi.Apa ni??Angah rasa macam tak rasional pulak bila buat macam tu..ye la..sebab dah tunjukkan dekat semua org bahawa parti tersebut kalau ada meriam sebenar pun mesti ditembaknya ke khemah tu.

Apa yg angah cakap ni berdasarkan apa yg angah tgok,angah nampak dan angah perhati..bukan apa..kita bukannya sokong mana2 pihak cuma janganlah jadikan politik tu satu benda yg buruk,yg sangat org2 tak suka....jangan jadikan politik tu cabang ilmu yg teruk..

Politik adalah cabang ilmu yg baik,suci dan murni..tapi dengan berlaku2nya semua ni,sedikit sebanyak dah mempengaruhi golongan pelajar macam angah untuk mengatakan bahawa POLITIK ADALAH TERUK.

Tak boleh ke kita berpolitik dengan cara yg baik??Saling salam2..bertegur sapa..bantu2 bantu..apa yg angah tengok dekat TV tempoh hari..dimana time Pendaftaran Calon tu..best tgok diorg boleh bersalam2..bergambar sekali..senyum sekali..dekat atas pentas tu...:D nampak dimana POLITIK ADALAH SESUATU YG MURNI..

So angah harap.. supaya masing2 boleh berubah...mungkin angah tak sempurna..tapi kita perlu mencari kesempurnaan itu..walaupun apa yg angah bagitau ni..tak mampu seluruh rakyat Malaysia tgok..tapi apa yg penting..still ada  peratusan  rakyat Malaysia yg tgok/baca cerita ni...walaupun sedikit...

Sekian..
 
 
 
 

2 ulasan:

  1. politik buat org kita terutama sesama islam berpecah belah. hope sementara insyaAllah

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.