30 September 2013

Saya Minta Maaf!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar readers??Alhamdulillah hari isnin ni bagi angah agak bagus seperti hari yg lain.

Angah rasa sedikit sedih hari ni.Bukannya apa,bila angah fikir tentang pancaragam sekolah yg angah join time sekolah.Angah mintak maaf.Sebab sebelum ni angah selalu update pasal band angah,apa aktiviti yg angah join..siapa member2nya..tai sekarag dah senyap.
Apa yg angah tengok band dah jadi lain.Minta maaf la kalau2 yg baca entry ni adalah budak band sekolah angah jugak.Tapi memang benar.apa yg angah tgok daripada luaran.Dah jadi lain,maybe sebab orang yg memimpin pasukan band bukan lagi yg jenis mementingkan orkestra..tapi sememangnya orang ramai mengenali band dengan orkestra.
Mungkin itu satu pembaharuan??Kita mana tahu.So angah minta maaf sangat sebab tak sempat nak datang ke sekolah untuk tgok apa yg patut.

Sekian.

*Bila kita dah ambil bidang yg sama di universiti..baru kita tahu apa masalah sebenar.  
Read more ...

Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH :30.9.2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Nampaknya sudah dipenghujung bulan September,maka dengan itu angah nak mengumumkan TOP PENGOMEN TEGAR BLOG DJH untuk bulan Oktober adalah KATHY RBAIN. Tahniah diucapkan kepada akak Kathy.Jadi angah akan tunggu akak Kathy untuk pm angah di fanpage :)
Untuk blogger yg berada di ranking 2 sehingga 10,blog anda akan direview :D 

Kedudukan ranking dalam kalangan 1 sehingga 10 banyak berubah.Blogger yg baru menjengah naik ke kalangan ini adalah Sheila Salim yg kembali ke kalangan ini.Selain itu Marou Apple Hijau dan juga Shark Kay.Manakala blogger Asha Lya dan blogger Invisible Me melonjak naik mendaki carta.


Untuk kalangan 11 sehingga 20,blogger yg baru naik ke kalangan ini adalah blogger Fizi Zaidi,Adrianna Syaz,manakala Bahrain Ramlan dan Leods Presla pula jatuh ke kalangan ini.Blogger yg jatuh daripada kalangan ini adalah Adhie Sunan Saifudin manakala blogger Shark Kay,Marou Apple Hijau dan Sheila Salim melonjak naik ke kalangan seterusnya.


Untuk kalangan  21 sehingga 30 pula,blogger Liana Sulaiman dan Muhammad Khairuddin Lim memasuki carta ini buat kali pertama.Manakala blogger yg terkeluar daripada carta ini ialah Yna Razali,Banu Syah dan adk  dayah.


  • Blogger yg baru masuk carta adalah Liana Sulaiman,adrianna syaz dan Muhammad Khairuddin Lim
  • Blogger yg terkeluar carta ialah Yna Razali,Banu Syah dan juga adk dayah 
KLIK SINI UTK RANKING SEBELUM INI

Thanks kepada korang yg sudi datang ke blog DJH dan menghantar komen2 menarik.InsyaAllah angah akan teruskan lagi ranking untuk bulan yg berikutnya :D Nantikan update seterusnya. :D

Sekian
Read more ...

Alat anti-meniru bakal diperkenalkan di Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pensyarah sini telah memperkenalkan topi anti-meniru di universiti ini. Tetapi ramai rungutan diterima kerana katanya menyeksa pelajar sini. 






*Apa pendapat korang??Menyeksakan jugak lah bagi angah,boleh terkehel leher.Haha..jujrulah tak perlu meniru2 ni.Buat rugi masa dengan rugi duit je.

Sekian 
Read more ...

HARIMAU mati dipijak manusia.




Sekumpulan penduduk yang berang memijak bangkai seekor harimau bintang yang mati ditembak polis.Mereka memijak bangkai tersebut kerana haiwan tersebut sebelum ini berkeliaran di pinggir bandar Kathmandu sehingga menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.

Menurut laporan, seramai 15 orang cedera termasuk tiga anggota polis dan dua pegawai dari Jabatan Perhutanan selepas diserang haiwan itu.Bangkai haiwan itu juga diarak penduduk yang gembira dengan kematian harimau tersebut.






*Kesian pulak angah tengok binatang ni.Rasa sedih pulak..hehe terbayang kucing kat rumah angah..kalau la kucing2 kat rumah angah kena macam ni?? Habislah diorang ni..
Read more ...

29 September 2013

Sayang Keluarga??!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.KELUARGA.Kadang2 angah terfikir,macam mana kehidupan angah kalau takda keluarga.Siapa yg nak besarkan angah??Siapa yg nak jagakan angah??

Kalau lah takda keluarga disisi angah..rasanya angah tak tau apa yg jadi dengan angah.Angah rasa keluarga angah yg paling utama.Angah perlukan keluarga angah.Sebab apa??Keluarga yg akan membantu kita dulu.Betul tak??

Memang angah ni anak manja sedikit.Tapi bukan yg jenis manja teruk sangat..sebab parents angah tak pernah memanjakan anak2nya.Tahap kemanjaan antara adik beradik angah adalah sama.Tapi disebabkan angah seorang sahaja lelaki..so rasanya kenalah lebih sedikit kan??Hehe

Angah tak boleh bayangkan betapa susah payahnya family angah dalam membesarkan angah seorang ni. Angah rasa macam tak mampu nak balas jasa2 parents,adik beradik.Entahlah.Apa yg angah harap supaya keluarga angah tak ditimpa kecelakaan.Aminn..

Sekian

Read more ...

1st GiveAway by Sheila Eiman






Syarat-syarat penyertaan:

Syarat Penting : Blogger yang warganegara Malaysia
1. Follow Blog Sheila Eiman and Like HERE and HERE

2. Follow semua blog sponsor dan Like Pages diaorang ni k... (Jujur! akan disemak!)

i. Follow Nabila Medan  Like NabilaMedan Punye blogspot
ii. Follow Eyqa Hasnan Like EyqaHasnan's Blog
iii. Follow Sheila Shahfiekry Like Sheila Shahfiekry.My
iv. Follow Aisyhah Nyais (//Just Like Me) Like NNAisyhah

3. Buat entri bertajuk '1st GiveAway by Sheila Eiman', copy banner dekat atas tu. Tepek kan dekat entri korang. Siap buat entri, copy url dan paste kan dekat ruangan komen. senarai peserta akan di update.

*sponsor pun boleh join sekali. hikhikhik...
* Pemilihan PARA PEMENANG akan diadili melalui Random.Org and Top Refferal.

korang ajak ya kengkawan join. mudah-mudahan dapat sambutan. Aminnnn....


- SENARAI PESERTA. *update!!!
- SENARAI HADIAH.

*Jom join ramai2?? :D
Read more ...

Ranking Alexa Blog DJH : 29.9.2013





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Macam biasa angah akan update tentang ranking Alexa.Alhamdulillah semakin kecil nilainya. :) Thanks kepada korang yg tak putus2 menyokong DJH.

Global Rank : 494,908

Malaysia Rank : 2,278

Klik SINI utk ranking Alexa sebelum ini.

Sekian
Read more ...

Segmen Bloglist DJH Oktober






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers.Hari angah nak lancarkan Segmen Bloglist Oktober DJH.Syarat2nya :-

  • Follow blog DJH dan Follow blog INI,Like fanpage DJH.
  • Buat satu entry bertajuk " Segmen Bloglist DJH Oktober"  
  • Copy banner dan pastekan dalam entry itu.Kemudian letakkan link entry anda di ruangan komen entry segmen ini. 
  • Done.
 Angah akan check setiap penyertaan,mengikut syarat ataupun tidak.Simple kan? 
20 Pemenang akan dipilih sendiri oleh angah.Jom join ramai2.Terbuka kepada mana2 blogger yg ada blog :) Korang akan dimasukkan ke dalam ruangan BLOGLIST BULANAN.


Sekian.

Read more ...

Soal Jawab Fanpage DJH : 3



SYARAT2 GA/SEGMEN YG MENARIK MINAT RAMAI PESERTA??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.So kita sambung lagi soal jawab di fanpage DJH.Angah telah pun mengeluarkan topik ini.Bagaimana pendapat korang??Antara pendapat likers fanpage DJH adalah seperti dibawah ini.







Untuk pendapat angah pula,angah lagi suka segmen/GA yg menggunakan teknik macam KAK MIA tu.Kita copy coding..sebab pantas je nak join.Lagi satu kita boleh follow/buat syarat2 yg lain kemudian.Bagaimana dengan korang??Berikan pandangan korang.

Sekian

Read more ...

28 September 2013

Taman Tasik + Masjid Negeri



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Petang tadi,angah berjalan2 di Taman Tasik Shah Alam.Untuk apa??Untuk hilangkan stress.Bukan apa..bila dah penghujung semester ni sure2 tension dengan final exam kan.So angah ras bila ada kelapangan ni..apa lagi tunggu?? REHATkan minda anda.


Apa yg angah nak katakan disini adalah why not..kita rehat2 beriadah..just jalan2 daripada terperap dalam bilik.walaupun ni first time angah jalan2 kat taman tasik ni..tapi memang best.Lepas jalan2 tu angah dengan kawan angah teruskan perjalanan ke Masjid Negeri.
 
Pemandangan bila malam..sangat cantik..bila kita nak rehat..apa kata berehat di rumah Allah??Alhamdulillah angah rasa tenang sangat.:) takpa...tinggal seminggu lagi angah di Shah Alam..

Sekian.

*Entry tentang peserta bloglist tadi adalah PESERTA..bukan PEMENANG lagi :D ada blogger yg ingat itu adalah pemenang..harap2 korang tak terfikir macam tu pulak :D 

Read more ...

Update Peserta Bloglist Oktober Fanpage




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa yg angah nak bagitau ek?Ha..pasal bloglist.Untuk bloglist kali ini,angah mencari blog2 di fanpage dan juga di blog DJH.So senarai untuk blog2 sertai di fanpage adalah seperti berikut.
  1. http://www.mojatcerewet.com/
  2. http://najah-razak.blogspot.com/
  3. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/
  4. http://efatin-eman.blogspot.com/
  5. http://nurainothman.blogspot.com/
  6. http://balqisinsyirah.blogspot.com/
  7. http://lienliedot.blogspot.com/
  8. http://erynix.blogspot.com/
  9. http://mydreamhigh123.blogspot.com/
  10. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/ 
  11. http://syuraa-rashid.blogspot.com/
  12. http://www.cikguhailmi.com/
  13. http://ayzaadlyana.blogspot.com/
  14. http://imaniiwani-myprincess.blogspot.com/
  15. http://www.sayaeesya.blogspot.com/
  16. http://hannaannnnn.blogspot.com/
  17. http://www.natasya-pink.my/
  18. http://alia-ali-ahmad.blogspot.com/
  19. http://aineddihar.blogspot.com/
  20. http://ynarazali.blogspot.com/
  21. http://nurkhairiahirwanie.blogspot.com/
  22. http://www.sheilashahfiekry.my/
  23. http://najahmustapa.blogspot.com/

Untuk pengetahuan semua,angah akan memilih 8 blog dikalangan blog2 diatas.Manakala lagi 17 blog akan dipilih dikalangan mereka yg menyertai segmen ini di blog DJH.So korang boleh tgoklah kan..yg mana lagi banyak kuotanya :D 

Sebenarnya segmen itu di fanpage sudah pun berakhir,jadi jika selepasini ada lagi blogger yg meletakkan link mereka..sudah tidak akan dilayan,manakala untuk di blog DJH..masih lagi berlangsung..korang boleh still join :D sebab esok adalah hari terakhir untuk korang join!! :D

 Apa lagi korang tunggu?? Terjah mereka2 di atas. :D

Read more ...

TEMAN TAPI MESRA: Couplekah korang??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah hari ni selesai satu lagi exam.Exam aurall skill a.k.a pendengaran. 


Apa yg angah nak membebel sikit hari ni adalah tentang TEMAN TAPI MESRA.

Bukan nak kata apa lah kan..sekarang ni kat sekeliling angah,adanampak kononnya pasangan yg TTM (Teman Tapi Mesra).Macam mana??Kononnya jalan bersama..pegang tangan bersama..makan2 bersama...bercerita tentang kehidupan masing2...sedih bersama..dating bersama....dan bila angah tanya "Korang dah kaple ke??" MEREKA akan menjawab.."Tak lah..kitaorg just Teman Tapi Mesra."
WHAT????Dah macam nak kaple pun..still TTM?? HUH...kadang2 angah tergelak jugak..sampaikan senior2 angah pun ada cakap."Diorang ni macam laki bini." Padahal dari sudut pandangan mereka yg TTM ini,itu adalah biasa2 sahaja.
Inilah yg jadi bila agama diabaikan.Apabila dah rasa hebat bila dah mampu membawa anak dara orang merata2 tapi still TTM.Angah sungguh2..tak puas hati.Kenapa anak muda Malaysia sekarang dah jadi macam ni?? Boleh bangga buat benda yg terang2nya HARAM!!
Angah bukannya nak mention kat sini yg angah ni baik sangat..cuma semakin teruk la.Memang dunia di akhir zaman.Sekarang ni angah asyik terfikir tentang KEMATIAN.Angah takut dengan apa yg jadi..dan paling penting..angah takut angah terpengaruh..sebab angah pun bukannya baik sangat...secara jujurnya angah nak cakap kat sini...angah sedang berKAPLE!!
Tapi ...berkaple cara angah lain..angah tak keluar dengan dia..angah tak pegang tangan dia..angah tak panggil dia "sayang." Apa yg angah buat first adalah suruh dia jaga SOLAT.Pastu kawan dengan orang yg baik2.Angah rasa yg ni lagi better..Bukannya angah nak control ke apa ke...cuma angah nak dia jadi yg terbaik untuk angah..memanglah semua org tak sempurna..tapi kita kenalah mencari kesempurnaan itu.

Sekian.
Read more ...

27 September 2013

Review 2 Blog DJH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
  1. 2 undian
  2. 3 undian
  3. 1 undian
  4. 0 undian 
  5. 0 undian
  6. 1 undian
  7. 0 undian
  8. 0 undian
  9. 1 undian
  10. 3 undian

Alhamdulillah..nampaknya angah dah mendapat pemenang review.Hehe..first time angah buat cara ni.Dengan suruh readers DJH buat undian.Kalau korang nak tersenarai dalam tu,korang kena selalu alert dgn FANPAGE DJH. Pemenang untuk REVIEW adalah...


Pada pendapat angah blog ni hebat.Kenapa hebat??Sebab pelbagai entry menarik yg angah selalu baca.Memang entry2 yg menarik.Selain tu,angah suka usha blog ni sebab dari segi gaya penulisan entry yg menarik.Korang tak percaya??Trylah baca.Maksud angah..ada something yg membuatkan angah nak baca entry dalam blog ALS ni.And last thing is..angah nak korang tgok blog ni sendiri...boleh tekan gambar tu..atau pun tekan link tu. :)




Pada pendapat angah..blog ni best.Sebab bila nak baca entry senang.Dengan jenis huruf yg senang nak tgok.Hehe.And untuk pengetahuan semua Pemilik blog ini merupakan salah seorang pengomen tegar blog DJH. :) Kalau ada header yg menarik utk blog ni,mungkin lagi best kut.Tapi ikut jugak lah pemiliknya.
Yang lain adalah,blog ni simple tapi best.Kadang2 ada je blog yg simple tapi bosan.So good job Sheila Salim. :) Terjah blog tu tau.

*Kenapa angah rajin sangat ni??Saja mahu kenal2 dengan blogger lain :) Beramah mesra melalui review blog.Anda mahu blog anda direview??Nantikan di fanpage DJH.


Read more ...

Yeayyyyyy Giveaway By Fatnaaaaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni angah nak promote satu GA yg angah rasa sangat ohsem.Hadiah pun hebat dan yg paling best..syarat senang je.:) GA ni berlangsung dalam blog dan juga Instagram.Angah harap korang tertarik dan nak join :D






Syarat:

1. Follow blog fatnaaaaa and Rosie126_
2. Like fanpage:

3. Follow my instagram: @fatnaaaaa and my online shop: @Rosie126_
4. Buat entry tajuk "Yeayyyyyy Giveaway By Fatnaaaaa", give one question for me to be answered and make any catchy description for my online shop, letak banner and link kan semula dekat blog ini ye. Tag 3 orang dan pastikan dia tahu, pastikan.
5. Tinggalkan link korang dekat bahagian comment below yeay yeay yeay.

Hadiah:

1. Tribal top + Handmade charm bracelet + Topup RM5 + Bloglist + Review
2. Tribal top + Handmade charm bracelet + Topup RM5 + Bloglist + Review
3. Travel telekung + Topup RM5 + Bloglist + Review
4. Cute stuff { Ribbon sock + Sleeping mask } Bloglist + Review
5. Cute stuff { Ribbon sock + Sleeping mask } Bloglist + Review
6. Custom Made Phone Sticker
7. Black stylish shades

And...
3 winners will be selected randomly to win a doorgift. YEAYYYY

Pemenang akan dipilih berdasarkan "catchy description for my online shop", besides, the best catchy name will be use for my online shop trademark! Thank you thank you thank you.

Hope you guys will be helping me find some catchy trademark, cause im out of idea capacity :(

Anyway this giveaway berlangsung thru instagram too!



*Tolong menolong amalan mulia.

Read more ...

Politik + Kematian





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari jumaat yg mulia ni dimulakan dengan rasa geram dan sedih.Korang try baca dulu. Ini adalah apa yg angah nampak di dalam FACEBOOK.
Apa yg angah nak katakan disini,janganlah sampai kematian seseorang itu diPOLITIKan.Bukan apa,sebab rasanya kalaulah benar sekalipun sudah tentunya akan membawa berita buruk.Tapi kalau tak betul??
Angah bukannya sokong mana2 pihak pun.Tapi dah sampai ajalnya.Maka itulah ketentuan tuhan.Perlukah mereka2 cerita seperti ini??Wallahualam.

 Sekian.
*Ramai org berfikiran tak matang sekarang ni.

Read more ...

26 September 2013

Anda Pilih Blog mana yg patut direview??





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah tadi angah ada buat satu post yg sangat2 ringkas.Nampak kan kat atas tu??Bila post yg simple org nampak pulak kan?? Hahah
Sebenarnya angah tengah dalam mood rajin Rajin untuk apa??Unutkmereview blog orang.Bukannya apa..sebab bila kita mereview org punya blog..bermakna secara tak langsung kita telah pun blogwalking.Kan bagus macam tu??
Dapat naikkan visitor dan Alexa Rank gitu.Haha.So angah nak pilih dua je blog.Tapi yg join ramai pulak.So angah nak biarkan korang yg pilih.Antara 10 blog ini yg mana patut di REVIEW??Korang boleh pilih satu je!! :D Sambil2 tu BLOGWALKING lah.
 
  1. http://superdreamland.blogspot.com/
  2. http://angellovesoldier.blogspot.com/ 
  3. http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/ 
  4. http://chenta-taugeh.blogspot.com/
  5. http://balqisinsyirah.blogspot.com/ 
  6. http://invisiblenote.blogspot.com/
  7. http://www.mojatcerewet.com/
  8. http://smileandsmile123bye.blogspot.com/
  9. http://www.amirahamer.blogspot.com/
  10. http://www.sheilashahfiekry.my/
INGAT!! korang boleh pilih 2 blog disini untuk diREVIEW!! :)

sekian.
Read more ...

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Read more ...

Soal Jawab Fanpage DJH : 2





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ini adalah soal jawab di fanpage untuk kali ke2.Alhamdulillah..ada beberapa pandangan blogger mengenai apa yg dibincangkan.Mari kita tgok pandangan2 mereka.






Bagaimana pula dengan anda? Apakah pandangan anda terhadap penggunaan tema pink??

*Pada pendapat angah,suka hati blogger tu lah nak buat kaler apa pun.Blog tu dia punya. :P So tahniah kepada blogger yg mempunyai blog bewarna PINK!!

Read more ...

DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nampaknya hari ni bermulalah exam angah.Pagi tadi angah bergegas ke DATC.Apakah itu?? Itulah gambar atas ni.DATC atau lebih dikenali dengan nama DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR.
Untuk pengetahuan semua,angah akan ber"exam" dalam dewan ni untuk 4 subjek.Lagi satu subjek akan exam di fakulti.Sebab dalam dewan ni tak ada piano.Haha..exam satu tu mmg kena guna piano.
And then sekarang ni angah tengah pening memikirkan maslah roomate angah.Nak diceritakan ke??Rasanya tak perlulah.Aib kut.Hehe

Sekian

Read more ...

KUCING PALING TUA DI DUNIA BERUMUR 140 TAHUN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seekor kucing yang hidup ketika zaman pentadbiran Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain kini menunggu masa untuk memegang gelaran kucing paling tua hidup di dunia kerana ia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-28.
Kucing itu yang bernama Cola, jika dikira berdasarkan umur kucing bersamaan dengan 140 tahun dan ia dimiliki oleh seorang wanita Mary Goldsmith yang kini berumur 66 tahun.
Jika umur Cola disahkan, Cola akan memegang gelaran rasmi dari Guinness World Records sebagai kucing paling tua hidup di dunia merampas gelaran itu dari Pinky kucing yang berumur 23 tahun yang dilahirkan pada 31 Oktober 1989 yang tinggal di Kansas Amerika Syarikat bersama pemiliknya Linda Anno. 
Cola yang tinggal di Orpington di Kent, dilahirkan pada tahun 1985 menurut pemiliknya menjadikannya kucing paling tua.
Di Britain ada seekor lagi kucing dikatakan berumur 27 tahun bernama Wadsworth seekor kucing dari Bedfordshire menyambut hari lahirnya pada Mac lepas adalah kucing tertua di Britain selepas Cola.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Wadsworth tidak memiliki sebarang rekod rasmi miliknya.


*Angah ada lebih kurang 20 ekor kucing kat rumah.Tak sabar nak jumpa mereka.Dah lama tak jumpa.Angah dengar cerita ada penambahan lagi 4 ekor.Wah..maju kucing2 angah kat rumah.:)
SEKIAN 
Read more ...

25 September 2013

Ranking Alexa Blog DJH : 25.9.2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Angah bangun pagi2 dan terus bukak internet dan check ranking Alexa utk blog DJH.Alhamdulillah semakin bagus.Thanks kepada korang semua yg tak putus2 sokong DJH. 

Ranking Semasa DJH


Global Rank : 582, 775

Malaysia Rank : 2,966

Klik SINI utk ranking Alexa sebelum ini.

Sekian



Read more ...

Wordless Wednesday 1




Bersama KAKAK tersayang.

Sekian.

Read more ...

Terbaik!! Alat penjimatan minyak buatan Malaysia??!!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Iklan alat penjimatan minyak kat bawah ni atau lebih dikenali sebagai selimut penjimatan minyak. Ade dijual dimana-mana sahaja.. Murah dan senang digunakan. Minyak dapat dijimatkan sehingga 100%!! 






*Pendapat angah,ada benarnya.Senang je cara nak jimat minyak.Tak payah gunakan kenderaan.Jalan kaki.Selain dapat jimatkan minyak,dapat jugak sihatkan diri. :)

Sekian 
Read more ...

Surah Al Mulk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini  moga dapatlah kita bersama-sama mengamalkan surah ini untuk keselamatan di dunia ini dan akhirat nanti. Ambillah fadhilat dari surah Al-Mulk ini untuk panduan hidup kita semua.
Angah dulu selalu juga amalkan surah Al-Mulk ni,tapi semenjak tinggal di U,dah macam kurang sikit.Jadi sama2 kita mengamalkan surah ini bersama.


 Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.
Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya.

Sekian
Read more ...

24 September 2013

Makan Tak??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Angah nak kongsi 4 gambar berbeza yg memberi korang pelbagai rasa (Perasaan)


Apakah semua ini??Apakah binatang itu??Mengerikan.Daripada rasa lapar terus bertukar ke rasa benci.


Lagi satu makanan yg mengerikan.Ada sesiapa yg sanggup nak beli??Haha kalau jual 1 seposen pon angah rasa tkda sapa yg beli.


Yg ni pulak macam mana?? Kalau ada betul2 depan angah,dah lama angah makna sorang2!! 


Yg ni pun sama,nampak sedap sangat.Rasanya pulak??Angah agak2 tentunya sangat sedap.

*Angah rasa apa yg penting kat sini adalah makan untuk hidup.Bukannya hidup untuk makan.Thats all.

Sekian
Read more ...