26 September 2013

KUCING PALING TUA DI DUNIA BERUMUR 140 TAHUN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seekor kucing yang hidup ketika zaman pentadbiran Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain kini menunggu masa untuk memegang gelaran kucing paling tua hidup di dunia kerana ia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-28.
Kucing itu yang bernama Cola, jika dikira berdasarkan umur kucing bersamaan dengan 140 tahun dan ia dimiliki oleh seorang wanita Mary Goldsmith yang kini berumur 66 tahun.
Jika umur Cola disahkan, Cola akan memegang gelaran rasmi dari Guinness World Records sebagai kucing paling tua hidup di dunia merampas gelaran itu dari Pinky kucing yang berumur 23 tahun yang dilahirkan pada 31 Oktober 1989 yang tinggal di Kansas Amerika Syarikat bersama pemiliknya Linda Anno. 
Cola yang tinggal di Orpington di Kent, dilahirkan pada tahun 1985 menurut pemiliknya menjadikannya kucing paling tua.
Di Britain ada seekor lagi kucing dikatakan berumur 27 tahun bernama Wadsworth seekor kucing dari Bedfordshire menyambut hari lahirnya pada Mac lepas adalah kucing tertua di Britain selepas Cola.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Wadsworth tidak memiliki sebarang rekod rasmi miliknya.


*Angah ada lebih kurang 20 ekor kucing kat rumah.Tak sabar nak jumpa mereka.Dah lama tak jumpa.Angah dengar cerita ada penambahan lagi 4 ekor.Wah..maju kucing2 angah kat rumah.:)
SEKIAN 

12 ulasan:

  1. wah sangat menakjubkan..
    ramainya kucing angah,kita ada 5 ekor sja kat rumah ;) kucing datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai?? hehe..mmg pun..sebab mak angah kata kucing tu mendoakan kita. :)

      Padam
  2. fae suka tgk kucing tapi x berani dekat kucing hehehe.

    BalasPadam
  3. wah..lama juga kucing ni hidup...

    BalasPadam
  4. Feeling Feline:
    http://manifestasisanubari.blogspot.com/2013/09/feeling-feline.html

    BalasPadam
  5. best tau ada kucing ni..umah saya ada 4 ekor kucing..sume ada kisah tersendri..belum sempat nak citer dalam blog..hihi

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.