4 September 2013

PM MALAYSIA BERLAKON DRAMA??


Assalamualaikum..


KUALA LUMPUR – Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.
Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.
“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu.
“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.
“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.
Dalam tempoh setahun ini, BR24 telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memperkukuh penjenamaannya sebagai stesen yang membawakan ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.
“Program ‘Dalam Radar’ semakin menyerlah dengan penampilan tetamu kategori ‘A’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan dan industri,” kata Azlan.
Katanya antara yang pernah muncul adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datuk Seri Mohd Syafie Apdal. – Sinar Harian

Bagaimana reaksi korang??PM kita akan berlakon!! Untunglhakan..harap2 lepas ni boleh pulak berlakon filem.Mesti best kan?? Terbayang macam mana la??? :) 

KORANG DI JEMPUT UNTUK MEMBERI KOMEN :)

8 ulasan:

  1. "Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan"

    wahh boleh thn hebat jugak PM kita.. huhu..
    ad bakat terpendam ;)

    BalasPadam
  2. wah hebatnya PM nie....berlakon pula...hihi...

    nak jemput adik

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/09/segmen-santai-september-by-cik-akak.html

    BalasPadam
  3. wah..beznye
    excited menunggu lakonan dri PM

    BalasPadam
  4. wah cayalah!!! nak tengok nak tengok!^^

    BalasPadam
  5. Bila tayang? Entah2 IM dah terlepas nak tengokk..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.