31 Oktober 2013

Mood Berblogging Hilang...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Secara jujurnya angah nak beritahu yg angah takda mood untuk berblogging.Mood untuk blogwalking pun semakin pudar.Kenapa?? Entahlah..dunia blogging dah tak seceria dulu.
Sekian. 

Read more ...

30 Oktober 2013

Seram : Hantu Di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cerita ni angah dapat daripada FB.Kawan angah dia post tentang cerita ni.Dan yg penting kejadian ni berlaku dekat Shah Alam.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Read more ...

29 Oktober 2013

Blogger Membebel!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam ni rasanya nak membebel sekejap.Bukan apa,rasanya macam dah lama tak membebel.Hehe,lelaki pun membebel?? Bukan membebel sebenarnya tapi nak meluahkan perasaan yg terbuku di hati.

Kadang-kadang angah rasa macam hidup ni tak adil.Nak tahu sebab apa??Sebab selalu tengok ramai yg komplen tentang pemimpin atau orang2 yg berada di atas.Benda2 macam ni sekarang angah selalu nampak.Tak kira di peringkat mana sekali pun.Cuba anda bayangkan bila anda di kedudukan yg sama dengan mereka2 tu? Sebab tu angah kata kadang2 tak adil.Cuba bagi sama adil.Tapi tak tahu la pulak macam mana.
Manusia memang susah nak bersyukur kan? Kadang-kadang sebut je kat mulut "Alhamdulillah.." tapi dalam hati?? Bukannya angah nak kata dekat sesapa pun,cuma angah pun kadang2 buat camtu jugak.Cuma sebagai manusia,tak salahkan kalau nak bertegur-teguran??
Cuma ada juga manusia yg jenis tak boleh tgok orang lain lebih sedikit daripada diorang.Maksudnya nak lebih elok dan sentiasa nak ke hadapan.Bagi angah boleh kalau ianya dari segi persaingan yg sihat.Tapi tak boleh kalau persaingan yg tak sihat.Contohnya macam persaingan antara jiran tetangga.Tak ke akan membazir je duit tu?? Melainkan kalau anda memang seoarnag yg kaya raya,tak apalah..teruskan..tapi daripada bersaing macam tu,lebih baik buat benda lain.Tak la harta tu membazir ke arah lain.

Satu lagi,kadang-kadang kalau kita nak buat benda yg jahat atau tak baik,jangan gunakan agama sebagai landasannya.Selalu tgok ada yg berkaple pastu kata " Kita buat cara Islam."Means macam 'doakan saya.Gunakan panggilan ana anta.'  Kalau macam tu,baik tak payah berkaple.Sebab dalam islam kan dah tentu2nya tak elok berkaple??

 Sekian
Read more ...

Pulau Pinang #VMY2014


Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).

1.Jambatan Pulau Pinang




Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 704 dari Komtar



2.Bukit Bendera




Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga. 

Cara untuk ke sana: Dari Jeti, Komtar, dan Lebuh Chulia, sila naiki bas Rapid Pulau Pinang No. U204, bas ini akan membawa anda terus ke Bukit Bendera. Anda juga boleh mengambil teksi dengan tambang sebanyak RM20 sehala.


3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang




Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501.


4.Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam




Tokong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara. Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas. 20 tahun untuk diambil bagi membina dan menyiapkan tokong ini. Dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam kura-kura, skulptur unik serta makam. Free untuk melawat tokong ini.
*skulptur-seni patung



Cara untuk ke sana: Bergantung kepada di mana anda datang, anda boleh menaiki bas Rapid Pulau Pinang No. U201, U203, U204, U206, T306, dan U502. Teksi dari George Town adalah kira-kira RM20. Jika memandu, sila merujuk kepada papan tanda ke Air Itam. Setelah sampai ke Air Itam, anda boleh melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke kuil.




5.Fort Cornwallis di Lebuh Light




Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.

Cara untuk ke sana: Anda boleh ke sana dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 103, 204, 502, atau, 10.


6. Masjid Terapung di Tanjung Bunga




Masjid yang bernilai RM 15 juta ini menampilkan seni bina yang unik hasil gabungan pengaruh rekaan tempatan dan Timur Tengah.  Masjid ini juga dikenali sebagai Mutiara Timur, ini kerana rupa bentuk bentuk masjid yang kelihatan seperti mutiara. Masjid ini mampu menampung sekitar 1500 jemaah dalam satu masa. Masjid ini terletak di tepi pantai menghala ke Batu Ferringhi. Pengalaman penulis yang ingin lakukan dan kumpulkan ialah mengerjakan solat jumaat di setiap negeri yang mempunyai masjid yang menjadi identiti sesebuah negeri.

Cara untuk ke sana: Naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101 atau 102.


7. Taman Botanikal Pulau Pinang




Taman yang seluas 30 hektar ini menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang. Malah ada air terjun di kawasan tersebut. Jadi ketenangan dan kedamaian menjadi tarikan utama taman ini untuk kalian carikan sesuatu yang diberi nama iaitu semulajadi. Sejarah taman ini mengatakan penjajah British telah membuka taman tersebut pada tahun 1884. Taman ini dibuka pada 7 pagi hingga 7 malam dan menariknya taman ini FREE untuk dimasuki. Jadi jikalau ingin merawat mata setelah banyak menggunakan ia untuk urusan kerja atau berdepan dengan komputer untuk tempoh yang lama, sinila tempatnya.



Cara untuk ke sana: Anda boleh berjalan ke Taman Botanikal dari Pengkalan Weld, jika suka berjalan. Lintasi Pengkalan Weld melalui jambatan pejalan kaki, belok kiri dan jalan sehingga sampai ke simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan dan berjalan sehingga anda tiba di Taman Botanikal. Jika tidak, cuma naiki Bas Rapid Pulau Pinang No.10 dari Pengkalan Weld atau Komtar ke Taman Botanikal.




8.Muzium Islam Pulau Pinang (Rumah Agam Syed Al-Attas) di Lebuh Armenia.




Syed Al-Attas adalah insan yang membina muzium ini pada tahun 1860. Beliau adalah seorang pedagang lada dari Acheh. Reka bentuk bangunan ini menampilkan pengaruh seni bina India, Eropah dan Arab. Muzium ini mempamerkan sejarah dan perkembangan Islam di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia sejak permulaan kedatangan agama Islam sehingga sekarang. Muzium ini juga dikatakan pernah menjadi pusat penyimpanan senjata ketika menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Jangan tanya kenapa hari Selasa ditutup. Bayaran masuk dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.

Cara untuk ke sana: Muzium Islam Pulau Pinang dapat dilawati dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 10, 301, 302, 307, 401, dan U502, turun di Lebuh Carnavon. Jalan sepanjang Lebuh Carnavon ke simpang Lebuh Acheh. Dalam jarak yang dekat, ke kiri, adalah Lebuh Armenian. Muzium Islam Pulau Pinang adalah di sebelah kiri simpang.

Sumber / Sumber

Apa lagi tunggu?? Jom melawat Pulau Pinang pulak!! :D

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
Read more ...

Pulau Langkawi #VMY2014


Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .
Tempat-tempat menarik di Langkawi ;

Tanjung Rhu Langkawi 
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang . 
Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi 
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . 


Makam Mahsuri Langkawi 
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali . 
 
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm


Langkawi Anna & The King Gallery 
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam . 


Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona. 
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm 



Dataran Lang Langkawi 
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..
Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . 

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi . 



Jadi bagaimana?? Anda tertarik untuk ke pulau Langkawi?? Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Langkawi sehinggakan tak cukup satu entry.Tapi nak buat macam mana kan?? Korang just cari sendiri hehe.Penat juga angah buat research pasal Langkawi ni.Apa-apapun selamat melancong!! #VMY2014
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 



Read more ...