11 Oktober 2013

Aku Sombong Sangat!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni nak berkongsi sikit tentang bersyukur.

Kadang2 angah tengok kan orang2 kaya yg mewah ni bila sembang dengan golongan pertengahan selalu akan cakap.. "Saya ni biasa2 je..tak kaya mana pun..setkat Mercedes dengan banglo 3 tingkat tu apalah sangat..saya ni golongan pertengahan je."
Apakah??
Dan adakah yg biasa2 macam angah ni golongan bawah lagi daripada golongan pertengahan??Bukan nak merendah diri cuma rasa macam satu kemuyskilan yg nyata.
Bila orang yg miskin pulak berkata.. "Saya ni miskin,nak makan pun ikut hari je.Pakaian semuanya sama je sepanjang tahun.Saya ni orang susah." Yang ni macam mana pulak?
Yg golongan mewah ni..suka je cakap tak mampu beli lah,,takde duit la..padahal..sangat2 mampu...terlebih mampu pun ada jugak.Kenapa nak cakap yg dia tu teruk jugak??Kononnya nak merendah diri.Tapi angah rasa yg orang2 macam angah ni lagi terasa teruk.Tak payah la nak merendah diri sampai tahap macam tu.
 
Cakap je la .."Alhamdulillah..rezeki dari Allah S.W.T." Kan senang??? Angah tak rasa kalau cakap macam tu menunjukkkan kita tu riak. 
Yg golongan bawah yg miskin tu pon..apa kata bersyukur dulu dengan apa yg kita ada??Cuba bandingkan dengan orang lain..masih ada yg susah..so apa yg kita kena buat adalah berusaha...berusaha untuk berubah..bukan dengan meminta duit dari orang lain..
Bukan nak tunjuk yg kita ni teruk sangat,tapi percayalah,dengan usaha mesti boleh berjaya.Sama juga dengan golongan mewah,dengan bersyukur dengan apa yg telah diberikan nescaya hidup lagi berkat,daripada menyakitkan hati orang lain.

SEKADAR PANDANGAN.
Sebenarnya semua ni pandangan angah,daripada apa yg angah nampak sekeliling angah.Semua macam ni,bukan nak kata angah ni perfect,tapi cubalah untuk mencari kesempurnaan itu.Angah pun teruk jugak.Angah tak cakap yg angah hebat,famous atau apa,cuma sama2 kita perbaiki diri. 

5 ulasan:

  1. humble la tu..perkara biasa berlaku bila ada orang puji pasal kekayaan dan kejayaan..hehe

    BalasPadam
  2. sama2 kita prbaiki kesilapan..x lari dri brbuat silap kan..satu motivasi yg berguna utk kita fkr n amalkan

    BalasPadam
  3. saya selalu bersyukur dengan apa yang ada....hidup ini Allah yang punya..karang Allah tunjuk, tergolek kita. selamat berblogging bro.

    BalasPadam
  4. Banyak macam tu tapi tak semua. Semakin berjaya semakin bersyukur, itu lebih baik. :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.