19 Oktober 2013

PROGRAM VAKSINASI - HPV UNTUK WANITA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa itu Program Vaksinasi  HPV ? haa! Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM). 



Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

• memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 19 tahun   yg lahir    dalam tahun 1993 hingga 1995
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.


Anda tahu atau tak yang kanser pangkal rahim ni berbahaya untuk kaum wanita di luar sana?Jadi di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada anda,tapi hanya wanita sahaja,lelaki boleh pergi ke hospital atau tempat2 lain yg berkenaan.


26 OKTOBER 2013 

BUKIT EXPO- UPM
9 PAGI SEHINGGA 4 PETANG

"For those who complete all three doses, they will be given a free pass to a concert with locally- renowned artistes that is scheduled in the second quarter of 2014. (2nd March 2014)" Bestkan?? Maksudnya sesiapa yg dah selesai 3 dos akan diberikan pass untuk ke konsert artis pada tahun 2014.
Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. 

Hadiah tersebut cukup lumayan ! Hadiah dan destinasi outing anda akan ditaja sepenuhnya pada Girls Day Out.
Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, anda boleh layari http://facebook.com/PVHP

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.