30 November 2013

Cinta Islamik : Zina Hati??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harapnya sihat sejahtera.Rasanya macam nak membebel sedikit,tapi tak lah teruk macam perempuan yang membebel.hehe

Angah cuma nak cakap yang adakah silaturrahim seorang lelaki dan seorang perempuan itu wujud?Dalam konteks ini,silaturahhim yang kononnya,bertepuk sesama sendiri,cuit menyuit,jalan bersama-sama.Adakah ini dipanggil silaturrahim atau angah rasa MAKSIAT??
Manusia sekarang dah menghalalkan segalanya.Contohnya bercinta.Kononnya bercinta islamik adalah dibolehkan.Bukankah bila bercinta islamik,zina hati juga akan berlaku??Zina,bukankah itu sesuatu yang teruk??
 
Bukan nak kata yang perempuan ini teruk,tapi perempuan lemah,senang digoda oleh syaitan.Tapi tak semestinya lelaki tidak digoda.Semuanya bergantung kepada masing-masing.Jadi,jangan salahkan orang lain jika sesuatu terjadi.
Angah tak faham la,masih ada yang mahu menggoda angah supaya sama-sama terjerat dalam maksiat yang kononnya islamik.Kononnya tak berdosa langsung walhal zina mata/zina hati /zina segalanya sudah pasti akan berlaku. 
Jangan ingat yang angah ni seperti mereka yang lain.Angah benci berkapel dari zaman sekolah lagi.Sebab angah tengok banyak yang teruk daripada yang baik.Angah bukan nak melarang asalkan kaple itu membawa ke jinjang pelamin,itu sudah bagus.

:: Angah minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry kali ini,bukannya ditujukan untuk anda,tapi untuk semua umat Islam,kerana angah sayangkan agama :) 

5 ulasan:

  1. cinta jannah akan datang dengan sendirinya..

    BalasPadam
  2. cinta dunia kalau tidak menghala ke arah akhirat sia-sia *pesanan untuk yg tai komen ni jugak*

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.