29 November 2013

Impian Menjadi Kenyataan




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Angah semakin bizi sekarang ni!Tapi angah tetap bizi jugak dengan blogging.Angah hanya akan berblogging pada waktu malam memandangkan ketika waktu siang,masa angah agak terbatas dengan perkara lain.
Tapi sebenarnya bukan tu yang angah nak cerita.

Throwback ke tahun 2011 
Pada tahun 2011,angah pernah bersama rakan2 yg sesama Band Orkestra pergi ke Penang Pac untuk menonton persembahan UiTM Symphony Orchestra.
Ketika tu angah masih di tingkatakan 4,memandangkan kami akan menerajui band,jadi kami nak tgoklah bagaimana profesional beraksi di atas pentas.Sememangnya angah merasakan Symphony band Uitm adlaah terbaik.Dan angah berazam untuk menyertai kumpulan ini suatu hari nanti.
Okey,dah habis dah throwback,kembali ke hari ini. 

Hari khamis iaitu semalam,angah bercadang untuk ke konsert di KLPAC pada sebelah petang.Tiba-tiba pagi tu dapat berita yang audition untuk orchestra akan dibuat pada petang itu juga.
Betapa cuaknya perasaan angah + rakan-rakan yang lain.Yerlah,sebab lecturer yg akan mengadili audition itu nanti adalah seorang mat salleh.Selain tu,lecturer tu juga adalah conductor bagi Uitm Symphony Orchestra yang angah tgok time 2011.
Jadi,dengan rasa gementar nya angah prepare dua lagu iaitu lagu Final Exam semester lepas.Dan bila sampai turn Audition,alhamdulillah angah dapat masuk orchestra.
Akhirnya angah berjaya masuk orchestra yang angah nak.Angah masih teringat time 2011,angah hanya menjadi penonton tapi sekarang angah dah menjadi seorang pemain dalam orkestra itu sendiri.

Benarlah kata orang,tanpa usaha tak akan ke mana.Selagi kita berusaha selagi itu kita akan mendapat hasilnya,cuma lambat atau cepat sahaja hasil itu akan datang.
Sekian. 

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan tahniah Angah...moga bertambah maju dalam bidang yg di minati..

    BalasPadam
  2. pengalaman tu penting.. bukan selalu boleh dapat

    BalasPadam
  3. Dulu penonton sekarang ditonton. Peningkatan tu. Tahniah Angah. Terus maju tau.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.