15 November 2013

Juri Profesional Maharaja Lawak Mega 2013


"Senarai 13 kumpulan Maharaja Lawak Mega 2013 telah pun diumumkan baru-baru ini termasuk tiga kumpulan dari kerusi panas MLM 2013 Jumaat minggu lalu. 16 kumpulan yang dimaksudkan iaitu Sepahtu, Shiro, Jambu, Wala, Nabil, Tulang, Zero, Osama, Boboi, SYJ, Mamu, Bocey, Gerak, SayWho, Comey dan Kucai.
Buat pertama kalinya edisi Maharaja Lawak menerima penyertaan paling ramai dan semestinya ianya bakal dinanti-nantikan peminat setia program komedi di saluran Melayu Astro ini. Lebih menarik edisi MLM 2013 adalah gabungan pelawak-pelawak baru dan lama membentuk kumpulan masing-masing untuk merebut gelaran juara MLM 2013 sekaligus membawa pulang wang tunai RM500,000.
Jika MLM 2012 menyaksikan nama-nama hebat dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia menjadi tarikan para penonton, bagaimana pula dengan edisi 2013? Sedia maklum, Awie, Najib Ali, Lisa Surihani dan Wulan Guritno berjaya membuka mata para penonton kerana mereka bukan berlatarbelakangkan pelawak atau pun pelakon komedi untuk menilai persembahan para peserta.
Semuanya bakal terjawab di minggu pertama Maharajala Lawak Mega 2013 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, 15 November ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).
Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh pelakon dan pengacara hebat iaitu Dato’ Ac Mizal." Sumber
Pendapat angah :
Tak sabar nak tgok malam ini.Siapa yg akan menonjol??Hehe.Angah masih tak tahu kumpulan mana yg jadi feveret angah kali ni,sebab semuanya nampak macam sama.Jom kita saksikan sama-sama!! :D 
 

7 ulasan:

  1. peminat maharaja lawak ekkk :)

    BalasPadam
  2. malam ni dah start dah..tak sabar nak nonton

    BalasPadam
  3. setakat ni memang tak layan lagi MLM.... tapi mungkin cuba juga untuk layan bila dah banyak waktu terluang ni...

    BalasPadam
  4. Tak sabar nk tgk...memang berentap abis...

    BalasPadam
  5. shark pilih sepahtu..
    hahaha..
    kompom diorg juara punya.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.