16 November 2013

MLM 2013 :Gerak Tersingkir,Pengkritik Diperkenalkan


"Baru minggu pertama berada di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Gerak yang dianggotai oleh Che Mat, Pak Cu dan Anu terpaksa berputih mata selepas mereka diumumkan sebagai kumpulan pertama yang tersingkir dengan undian terendah berbanding 15 kumpulan yang lain.
Penyingkiran kumpulan Gerak telah diumumkan oleh Datuk Yusof Haslam sendiri bersama hos MLM 2013, Dato` AC Mizal. Antara sistem baru dalam MLM 2013 ini sistem bintang yang diberikan juri kepada setiap peserta selepas membuat persembahan.
MLM 2013 menyaksikan penguasaan awal oleh kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim. Turut memberi saingan kali ini ialah kumpulan Shiro, Jambu dan Nabil.
Dalam pada itu, MLM 2013 minggu pertama turut mengumumkan empat orang juri tetap yang bakal menerajui MLM 2013 ini. Mereka ialah penerbit dan pengarah filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam, artis dari Singapura iaitu Sheikh Haikel, bintang dari Indonesia, Luna Maya dan aktres jelita tempatan, Nora Danish."Sumber

Macam mana persembahan mereka semalam?Apa yg angah tengok,sememangnya kumpulan SEPAHTU sudah memberi amaran awal.Mereka sangat hebat.Tapi mungkin masih minggu pertama.Sama-sama nantikan minggu seterusnya :D 
Juri tetap pun sudah diumumkan.Macam mana?Yg dari Singapura tu angah tak berapa kenal sangat.Haha :D 

4 ulasan:

  1. Tak berapa kenal sangat dengan kumpulan yang tersingkir tu..haha..jozan tak ada pula..

    BalasPadam
  2. diorg keluar upanya,
    shark lepas sepahtu terus alih tgk cter lain,
    malam td mmg terbaek jugak lawak2 diorg,
    suma fresh,
    nabil the best rasanyer malam td.

    BalasPadam
  3. Kumpulan baru dari rajalawak kot ni. Ramai yang baru tapi yg lama tetap paling best..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.