30 November 2013

MLM 2013 : Tema Cinta Tidak Bawa Tuah Buat Kumpulan Kucai Dan Osama


"Di luar jangkaan! Tema cinta pada minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kali ini nampaknya tidak memberi tuah kepada dua kumpulan iaitu Kucai dan Osama apabila mereka diumumkan sebagai dua kumpulan yang tersingkir minggu ketiga gelanggang MLM 2013.
Kegagalan menarik perhatian juri serta gagal mempersembahkan jenaka dalam tema percintaan dengan baik telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini terpaksa menerima hakikat yang perjuangan mereka di MLM 2013 telah pun tamat.
Kucai yang dianggotai oleh Mamat, Munir dan Arin manakala Osama pula menampilkan dua pelawak veteran iaitu Isma Alif dan bekas pemenang MLM musim pertama , Os. Mereka tersingkir selepas mendapat markah terendah dari juri dan SMS undian dari penonton.
Keputusan penyingkiran mereka diumumkan oleh juri tetap MLM 2013 iaitu Nora Danish dan Sheikh Haikel. Selain mereka berdua, turut berada di kerusi juri tetap ialah Datuk Yusof Haslam. Seorang lagi juri tetap, Luna Maya dari Indonesia tidak dapat hadir pada malam tadi.
Dengan penyingkiran Kucai dan Osama, tinggal 12 lagi peserta untuk terus bersaing dalam MLM 2013 pada minggu hadapan."Sumber

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Macam mana pendapat anda?Maharaja Lawak Mega 2013 semakin sengit.Itu sahaja yang boleh angah katakan :D
Sekian. 

3 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.