26 November 2013

Nikah Disember Ini! - Rozita Che Wan Dan Zain Saidin



"Akhirnya, selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta,pasangan selebriti popular Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, mengambil keputusan untuk menyatukan ikatan yang sah mereka di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.
Majlis nikah tersebut akan diadakan selepas solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam. Pasangan ini kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.
Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember ini. Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. 
Astro Ria menerusi saluran 104 bakal menjadi penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka. Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin akan merungkai kisah percintaan mereka sehingga ke majlis resepsi mereka. Ia akan bersiaran pada bermula 7 Disember ini untuk episod pertama bagi Majlis Merisik pada jam 10 malam.
Diikuti episod kedua yang memaparkan Majlis Akad Nikah pada 13 Disember 2013, jam 9 malam serta episod akhir iaitu rakaman Majlis Resepsi mereka pada 21 Disember 2013, jam 10 malam.
Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan hari bersejarah dua selebriti terkenal tanah air ini nanti dan semoga ianya berjalan dengan lancar! " Sumber

Alhamdulillah.Sebuah masjid lagi akan dibina oleh pasangan artis terkenal negara,Siapa yg tak kenal kan??Bagi angah,angah rasa baguslah kahwin,daripada duk berkepit sana sini.Kadang-kadang yg bukan artis pun lagi lebih daripada tu.
Tapi dah bukan artis,so sape sangatlah nak tegur.Lain lah kalau artis,kalau boleh semua orang nak tegur.Dah jadi bahan tontonan masyarakat kan?? :) Walau apapun.Semoga bahagia ke anak cucu,cicit dan seterusnya! :D 

4 ulasan:

  1. hihi..cik akak pun sokong gak nie..haha
    nikah gus lagi...

    singah menabung iklan komli

    BalasPadam
  2. kelas yang tersendiri....budget kahwin paling mahal di kalangan artis....

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.