22 November 2013

Punca Sebenar Amy Search Muflis




"Desas-desus mengatakan vokalis kumpulan lagenda Rock tanah air, Search iaitu Amy muflis akhirnya terjawab selepas dia mengaku berita kontroversi itu selepas dia mendedahkan telah dianiayai oleh sahabatnya sendiri.
“Saya tidak bole hulas lanjut tentang perkara ini. Apa yang boleh saya katakan sebenarnya saya telah dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.  
Sebelum ini Amy dikhabarkan gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar tahun 2009. 
Malah baru-baru ini Amy dilihat meluahkan perasaan kecewa mengenai perkara ini di Facebook miliknya pada hari yang lalu Rabu dengan mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.
Ini kerana sebelum ini dia hanya berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan.
"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendam selama beberapa tahun ini. Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan lagi," jelasnya.
Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu. "Sumber
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah punca sebenar mengapa Amy Search jadi begitu.Benarlah kata orang,dalam berkawan tak boleh terlampau percaya.Susah bila dah terlampau percaya akhirnya membunuh diri sendiri.Pandai-pandai dalam memilih rakan!!
Sekian 

3 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.