21 November 2013

"Ustaz Mu Tunggu Aku Datang." Filem Komedi Berunsur Dakwah



"Jika anda peminat Ustaz Azhar Idrus, anda pasti akan menyukai filem terbaru terbitan M.I.G berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Filem ini arahan Pierre Andre ini mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila menampilkan penceramah bebas yang menjadi fenomena di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus untuk turut sama berlakon.

Menurut Pierre, filem ini dihasilkan untuk membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda.
“Saya memang lama berniat untuk membuat filem sebegini dan akhirnya berjaya. Tujuan saya adalah untuk menyampaikan pendekatan dakwah kepada anak-anak muda.
“Bagi saya dakwah itu bukan dengan satu cara tetapi berbagai dan saya percaya peminat pasti menerimanya dengan baik.” kata Pierre ketika ditemui pada Majlis Pra Tonton Ustaz Mu Tunggu Aku Datang baru-baru ini." Sumber
Sinopsis :
Dadu (Sharol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup dan sering dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro), sahabat baik kepada Dadu merupakan seorang penganggur yang mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupan mereka berdua.
Kemunculan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Mereka semakin teruja untuk mendekatkan diri mereka kearah kebaikan setelah Hamzah mengajak mereka menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus.
Di sinilah dugaan bermula setelah Dadu dan Muiz nekad untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz secara langsung.
Dapatkah mereka berdua berjumpa dengan Ustaz Azhar? Apakah bentuk dugaan yang menimpa mereka?

‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang’ akan menemui penonton mulai 28 November ini di pawagam berhampiran anda. 

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.