2 Disember 2013

4th Malaysian Composers Concert Series 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Malam semalam angah tengok persembahan 4th Malaysian Composers Concert Series 2013 yang bertempat di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC).
Konsert ini diadakan untuk menonjolkan bakat serta memberi pendedahan kepada komposer baru serta pensyarah-pensyarah Fakulti Muzik UiTM kepada dunia luar.

Gambar di atas menunjukkan KLPAC

Pada pendapat angah :
Konsert yang menarik dan best.Sebab apa?Sebab angah dapat tengok pensyarah-pensyarah yang mengajar angah membuat persembahan.Bagaimana pesembahan mereka?Ternyata persembahan mereka sangat memukau.
Bahagian yang paling best bila hari terakhir,apabila Menteri Pelajaran Ke dua,Naib Canselor Uitm,dan juga yang lain-lain datang.Sebab apa best? Sebab lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer2 muda sangat best dan menarik.
Angah tertarik dengan lagu yang seram + lagu yang berentak sonata.Memang memukau mata angah untuk teruk melihat konsert tu.Ada juga lagu electronic,yang membuatkan angah terfikir,lagukah ini?Tapi rupanya lagu yang best dan juga menarik.
Apa yang lebih membanggakan,bila pemuzik yang memainkan lagu-lagu komposer baru ini adalah terdiri daripada pelajar dan juga pensyarah Fakulti Muzik UiTM itu sendiri.Memang hebat.
Secara kesimpulannya angah berharap agar rakyat Malaysia akan lebih menghargai karya-karya yang dihasilkan oleh anak muda tempatan. :D
Sekian. 

5 ulasan:

  1. tak pernah lagi kita tengok konsert :)

    BalasPadam
  2. suka tengok performance budak2 uitm. best habis

    BalasPadam
  3. Gambar hadirin dan penonton ada di facebook Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Mana tau muka anda kelihatan.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.