27 Disember 2013

Justin Bieber Umum Bersara!




Penyanyi remaja popular dunia, Justin Bieber telah mengejutkan industri muzik apabila dia mengumumkan persaraannya melalui laman sosial miliknya pada Rabu.
Menurut Bieber menerusi laman Twitternya menulis :
“Wahai peminat kesayangan, dengan ini saya bersara secara rasminya.
“Media banyak bercakap tentang saya, banyak penipuan dan mereka mahu lihat saya gagal. Namun, saya tidak akan meninggalkan kamu, menjadi belieber adalah satu gaya hidup.”
 

Bagaimanapun, wakil Bieber enggan memberikan sebarang komen.
Namun, pengurusnya, Scooter Braun dilaporkan mahu memberi tempoh setahun buat penyanyi itu berehat bermula tahun depan kerana Bieber telah berterusan bekerja sejak berusia 12 tahun lagi.
Khabar angin mengenai perkara tersebut mula hangat diperkatakan sejak seminggu lalu apabila penyanyi berusia 19 tahun itu menyatakan hasrat hatinya  bahawa dia sedang berfikir untuk bersara ketika wawancara bersama stesen radio Power, America syarikat.
SUMBER 
 Pendapat angah : Sebenarnya angah tak kisah sangat,sebab angah bukannya minat sangat artis ni.Mungkin ramai yg minat dia,tapi sory,angah tak minat dan sebab tu angah tak kisah.Lagipun biarlah dia nak buat apa pun..dunia dia kan?? :D

5 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.