23 Disember 2013

MLM 2013 : BOBOI tersingkir jua.



Selepas mengejutkan para penonton dengan permintaan untuk menarik diri di minggu keempat, hasrat kumpulan Boboi akhirnya tercapai di Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu keenam malam semalam apabila mereka menjadi peserta terbaru yang disingkirkan.
Penyingkiran Boboi itu diumumkan Sheikh Haikel yang merupakan salah seorang dari empat juri tetap untuk MLM 2013 kali ini. Boboi yang dianggotai oleh dua selebriti veteran iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik merupakan peserta senior kerana telah pun menyertai MLM sebanyak tiga kali termasuk kali ini.
Boboi tersingkir di minggu yang bertemakan `Loghat` di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa lawak yang mengandungi loghat masyarakat tertentu. Selain Boboi, dua lagi kumpulan yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Sepahtu dan Wala.
Antara perkara baru pada minggu ini ialah pemilihan untuk peserta individu yang akan dinamakan sebagai `Man of The Match` dan untuk minggu ini ianya berpihak kepada Shahrol dari kumpulan Shiro.
Dengan penyingkiran Boboi, ini bermakna sembilan lagi peserta bakal meneruskan cabaran MLm 2013 pada minggu ketujuh minggu hadapan.
MLM 2013 minggu ke-6 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Sheikh Haikel tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Datuk Yusof Haslam dan Nora Danish. Sumber 
 
 
 
 

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.