29 Disember 2013

MLM 2013: SayWho Peserta Tunggal Indonesia, Tersingkir!



"Tema muzikal nampaknya tidak membawa tuah kepada satu-satunya kumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu SayWho untuk terus berjuang merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) apabila terpaksa menamatkan perjalanan mereka pada minggu ke-7.
Kumpulan yang dianggotai tiga orang sahabat iaitu Bocil, Vicha dan Reza Andhika itu bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang dibacakan Nora Danish, juri tetap MLM2013.
“Rezeki kami sudah ditentukan sehingga malam ini sahaja, kami tidak kecewa malah berasa bangga kerana merupakan peserta top 9.

“Terima kasih diucapkan kepada peminat dan pengundi yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang kami berada di pentas MLM2013.
“Kepada Astro juga terima kasih kerana telah membuka peluang kepada SayWho untuk berada di pentas berprestij seperti MLM2013 ini,” kata Vicha mewakili ahli kumpulannya yang lain pada majlis sidang media, malam Jumaat.
Kini tinggal 8 lagi kumpulan yang akan terus berentap untuk merebut gelaran juara MLM2013, dan mereka ialah SepahTu, Shiro, Nabil, Jambu, SYJ, Bocey, Comey dan Wala." Sumber 
 Pendapat angah :

Kumpulan yang masih tinggal dalam MLM2013 sekarang adalah kumpulan yg hebat-hebat belaka.Serius!!!?? Anda tak pernah menontonnya lagi? Lekas-lekas lihat di Youtube atau di laman web yang menyediakannya.Serius anda akan ketawa terbahak-bahak. :D
 

5 ulasan:

  1. Rugi lah xpernah tahu SayWho ada dlm MLM2013 ingat dah tak join... aduhai...

    BalasPadam
  2. 2 minggu kebelakangan ni lawak saywho kurang menyerlah
    suka nabil, sepahtu utk minggu 7 ni

    BalasPadam
  3. Semua yg tinggal best2. Walaupun tekeluar, saywho tetap menarik.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.