7 Disember 2013

MLM 2013 : Sepahtu VS Nabil, Siapa Lebih Menguasai Pentas MLM 2013?



"Mungkin terlalu awal untuk membuat jangkaan siapa yang bakal bergelar juara di gelanggang MLM 2013. Baru masuk minggu keempat pertaruhan 12 kumpulan bertambah sengit apabila tugasan terbaru untuk minggu lebih sukar.
Namun ada dua nama yang sering menjadi perhatian peminat setiap kali mereka muncul di atas pentas. Sepahtu dan Nabil dua nama besar yang mampu mengugatkan kedudukan 10 kumpulan lain kerana kehebatan mereka mencuit hati pihak juri dan para peminat program MLM 2013.
Tidak dinafikan, kumpulan lain seperti Shiro dan Jambu turut menjadi tumpuan kerana memiliki peminat mereka yang tersendiri. Tetapi mengikut peratusan undian terkini, Sepahtu dan Nabil sedang mendahului kumpulan yang lain dengan beza peratusan yang jauh lebih tinggi. 
Kekuatan Sepahtu terletak kepada populariti Jep selain komedi bersahaja yang dipersembahkan oleh Rahim dan Shuib setiap kali mereka beraksi. Nama Jep kini meniti dibibir para peminat program komedi kerana perwatakan serta idea-idea lawak yang berjaya memikat hati penonton.
Malah selepas kemenangan Jep dalam Anugerah Lawak Warna selain menjuarai program Super Spontan 2013 serba sedikit memberi kelebihan dan impak kepada kumpulan Sepahtu di MLM 2013. Tidak dinafikan kemunculan kumpulan Sepahtu sememangnya menjadi pengubat rindu selain dinanti-nantikan oleh para penonton program MLM 2013 selepas mereka mengambil keputusan untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2012." sUMBER
 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kehangatan MLM 2013 jelas terasa. 
 
 

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sy skong sepahtu..nabil sy respect die sbb brani wat lawak sorang2.so xpyh nk kte bosan..

      Padam
  2. Sepahtu baik punyer.http://jutawanlagimenawan.blogspot.com/2013/12/permulaan-baharu.html

    BalasPadam
  3. Sama hebat. Tapi minggu ni Sepahtu. Tapi lagi, Jambu the best kot minggu ni..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.