28 Disember 2013

Projek Memikat Suami





SINOPSIS

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Pendapat Angah
*Tak sangka,novel yang best ni diadaptasi ke drama TV.Yang bestnya lagi drama adaptasi ini dilakonkan oleh pelakon cantik iaitu Emma Maembong!!Cayalah.
Novel ni angah dah baca dah disebabkan kakak angah dah beli novel ni dulu,so angah terbaca je la.Haha secara keseluruhannya menarik.Cuma angah tak sabar nak tengok kat TV adakah jalan cerita yang sama atau berbeza? :D

8 ulasan:

  1. suma novel dh jadi drama nie..
    dh boring pulak rasanyer bila tengok banyak sgt..
    tp emma maembong punya pasal kena layan.
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak boring tapi naseb baik pelakonnya comel :D kahkah

      Padam
  2. Banyak skrang drama diadaptasi dari novel..

    BalasPadam
  3. La drama ke. Ingatkan reality show tuk bini. Haha

    BalasPadam
  4. wow byk jgk drama yg emma maembong berlakon. daebak lah

    BalasPadam
  5. Macam best. IM tak tengok lagi dan tak baca novelnya lagi

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.