2 Disember 2013

Saya Nak Kahwin Dah!!??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampak sweet je kan gambar ni?Hehe sebenarnya bukan angah yang lukis,credit kepada Google Image.Terima Kasih.
Bila tengok gambar ni,angah rasa macam nak kahwin cepat.Bukan sebab yang merepek-repek.Cuma angah rasa bahagia bila dah kahwin walaupun sekarang takda calonnya lagi.Hehe.
 

Mendirikan masjid sebagaimana yang dituntut adalah amat digalakkan untuk mencegah zina dan maksiat. Angah teringin nak rasa bagaimana seperti apa yang ibu bapa angah rasa.Sekali lagi angah tegaskan niat ini bukannya seperti yang anda sangkakan.Angah suka bila tengok pasangan yang sudah berkahwin,membawa anak yang kecil/bayi berjalan-jalan di kawasan rekreasi.Sungguh romantik.
 
Bila dah kahwin,segala-galanya boleh dibuat.Haha,tapi bila angah fikir lebih panjang lagi,baru angah faham.Bila berkahwin ini,pelbagai tanggungjawab yang dipikul oleh kedua-dua insan.Baik yang isteri ataupun yang suami. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang teramat besar.
 Jadi rasanya angah akan tinggalkan dulu niat untuk berkahwin memandangkan angah still belajar dan kakak angah belum kahwin lagi.Bila dia dah kahwin,baru angah boleh kahwin kan?? :D Hehe.
Sekian.

*Tetiba entry tentang Kahwin. 

8 ulasan:

  1. :D semoga jumpa jodoh yang terbaik.
    in shaa Allah .

    BalasPadam
  2. hehe btl tu habiskan belajar dulu..dah ada keja baru boleh cari calon :)

    BalasPadam
  3. ambui angah abiskan stdy tuh dulu..kasi kakak2 angah kawen dlu..heheh

    BalasPadam
  4. hehehe kita doakan angah cepat bertemu jodoh dan berbahagia hingga ke syurga.. Amin..

    BalasPadam
  5. Cece
    Kata Ustaz Kazim, "Kalau dah jodoh tidak ke mana...."

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.