13 Disember 2013

Tak Sempat...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mood angah untuk berblogging macam dah takda untuk hari ini.Bukannya apa,sebab angah terlalu bizi sampaikan tak sempat nak blogwalking.

Kalau anda nak tahu,angah selalunya pukul 12.00 malam akan menyiapkan entry auto-publish untuk pagi esok.Tapi sekarang ni dah takda masa untuk siapkan entry tu.Sebab penat sangat dengan aktivit yang tak habis-habis.
Kadang-kadang angah rasa penat sangat sampaikan balik sahaja dari fakulti pada pukul 11.00 malam,angah solat isyak pastu terus tido atas katil.Esoknya baru siapkan barang-barang utk kelas,dan lalui hari yg sama lagi.Penat tu memang penat.
Cuma angah rasa jeles dengan beberapa orang.Ye lah,mereka tak perlu nak berlatih di fakulti tiap2 hari untuk jadi bagus.Alat muzik mereka tak bising,lagipun buat apa nak bawak alat macam tu ke fakulti *Gitar 

Alat clarinet macam angah punya kena prektis kat fakulti,kalau tak memang akan bising la Kolej Jati. Tapi pelik jugak sebab tengah angah tido dalam pukul 2-3 pagi,ada jugak orang duk ketuk-ketuk something sampaikan mengganggu tidor angah.Kalau takde kelas esok sekalipun,trylah hormat orang lain.Inikan pula,lagi ganggu.
Apa yang angah belajar adalah,menjadi musician,kita tak boleh berhenti prektis  + kena selalu merendah diri walaupun anda sudah hebat taraf 5 bintang sekalipun.Lagi,jangan malas dan leka dengan dunia sahaja.Akhirat juga kena jaga.
Angah rasa tu je la kut yang angah nak sampaikan.Sekian. 

3 ulasan:

  1. Moga Angah jadi musician yg berjaya..

    BalasPadam
  2. betul tu betul .. jangan sampai leka dengan dunia , tapi akhirat .. hampeh .. :))

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.