18 Mac 2013

ZALORA datang...

 Assalamualaikum...






Korang nampak tak?Apakah??Blog angah dikunjungi pihak ZALORA???wow..angah sangat2 terkejut..walaupun tarikhnya dh lama,tapi baru nak update entry.. :) tak sangka blog angah yg biasa2 nie boleh dikunjungi ZALORA.

Angah tau mesti ramai blogger hebat dh dikunjungikan?? wow..tiba2 angah rasa best.Haha..selalu angah usha2 blog ohsem..diorg dapat voucher/dapat macam2 dri ZALORA..and now adalah masa utk angah pulak...

Angah dah hantar dh emel,dapat voucher RM50,pastu dh order siap2.Cepatkan? Bukan apa,sebab malas nak biar lama2...senang baik guna cepat2.haha..

Lagi satu,bila dh nak order2 semua tu,bolehlah angah hilangkan tumpuan dgn result SPM nanti.huh..angah nak kena sibukkan diri :)

SEKIAN.







Read more ...

KEBINGUNGAN SEKETIKA


Assalamualaikum...

Sejak malam semalam angah x boleh tidor,bila nak lelap..muncul macam2.Apakah?Bila nak tidur,mesti bayangan tu datang.Angah dh x tau cm na nak buat.Korang nak tolong? Rasanya korang pun tak tau cmna nak tolong.

Nampak macam seram,tpi semuanya berkenaan RESULT SPM 2012.Angah adalah calonnya.Nombor giliran pun angah dah lupa.Haha,tapi tak pa kut?Benda yg selalu kacau angah tu adalah pasal result la. 


Angah amik 9 matapelajaran dlm SPM.Tapi time exam,x pernah dapat betul2 stret.Trial pun 5A ja..subjek2 lain,teruk.Angah amik subjek BM | BI | SEJARAH | AGAMA | MOD MATH | ADD MATH | BIOLOGY | CHEMISTRY | PHYSICS.

Angah takut kalau2 angah kecewakan ibubapa.Dalam UPSR/PMR angah dah dapat stret a's.Tapi SPM angah x yakin,sebab angah rasa teruk.Entahlah,dgn jiran2,sepupu2..semua mesti nak tau angah dapat berapa.Kalau teruk?? Betapa malunya.
Tapi nak buat macam mana?Macam yg senior angah pernah cakap " Stret a sekarang ni,dah x menjamin apa2." So? perlu angah mengejar stret a tu?? Kalau dapat syukur alhamdulillah.Kalau x dapat.Nak buat macam mana lagi? so terpaksalah angah gunakan result tu. 



Angah nak sangat dapat A+ mesti best kan? haha,tpi pilihan yg angah cadang nak buat,tak tgok pun semua tu.Just  kalau dapat banyak A dah boleh.Tapi parents?? hurm...entahla..penat angah mengeluh/pendamkan semua ni.




Angah adalah pelajar SBP,sebab tu ramai org menaruh harapan dekat angah.Tambah2 dekat kawasan kejiranan rumah angah,angah satu2nya budak yg amik SPM 2012 yg sekolah SBP.

Kadang2 rasa bila jadi budak SBP,rasa macam tanggungjawab yg sangat berat.Sebab semua org akan tgok kita.Cuba bayangkan kalau budak SBP x dpat result yg elok? " Eh,dia tu belajar dekat SBP,tapi result,hampeh!! "

Tak ke malunya nanti? Entahla..angah cuma harapkan angah boleh jadi seorang yg berjaya,bukan hanya sekadar berjaya dgn result SPM,tapi jugak dengan segala2nya.Aminn

"YA ALLAH,KAU KURNIAKANLAH KEPUTUSAN 9A+. KAU BERIKANLAH REZEKI KEPADA KU. AMINN " 
 
 


Read more ...