11 April 2013

Kemalangan Artis Malaysia 1990

Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.



Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.

Keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi Azmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun. Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.



Azmeer dibawa ke wad kecemasan Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad kecemasan hospital tersebut". Pada awal pagi 20 Jun itu Azmeer terus menjalani pembedahan pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke Hospital Besar Singapura. Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"

Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.


Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:







Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan koma, mukanya bengkak serta patah kaki kiri. Melihat keadaan Zaiton ketika itu, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di hospital selepas itu, Zaiton sering meracau dan tidak dapat tidur. Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan selamat telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula".
P/S : Benarlah kata org "Malang tidak berbau."

Sumber 
Read more ...

Perkahwinan PELIK Dalam Sejarah

Assalamualaikum..
 Tak tercapai dek akal saya bila membaca artikel kisah pernikahan yang sengal dan pelik ini. Tak pernah-pernah dibuat orang. Jom kita baca. Agaknya dah lama forever alone kot.



Pernikahan dgn tiang Besi



Perkahwinan dengan Eiffel Tower ni dilakukan oleh seorang perempuan bernama Erika yang tinggal di San Francisco. Erika adalah seorang bekas tentera. Menurut Erika, dia dah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta dengan benda-benda. First sekali dulu dia pernah jatuh cinta dengan panah. Lepas tu cinta dia beralih ke Tembok Berlin. Lagi dahsyat, dia mengaku pernah melakukan hubungan fizikal dengan sekeping pagar yang dia simpan kat bilik dia. Last sekali minah ni pilih untuk berkahwin dengan Eiffel Tower dan nama dia pun dia tukar jadi Erika La Tour Eiffel. Kenapa agaknya dia lebih sanggup kahwin dengan benda? Ini lah alasan dia:

"Saya hanya tidak faham bagaimana banyak pasangan boleh memiliki anak dari hasil hubungan mereka, tapi pada akhirnya dicampakkan".

Oklah, alasan macam boleh pakai, tapi tak payah lah kut sampai nak kahwin dengan menara! Psycho ok? Tapi belum cukup psycho sebab ada satu lagi perkahwinan pelik yang korang kena baca.


Pernikahan dengan diri sendiri



Haha. Yang ni Memang habis psycho dah aku rasa. Perkahwinan pelik ni dilakukan oleh seorang Lelaki di Cina yang bernama Liu Ye. Macam mana nak kahwin dengan diri sendiri? Liu melakukan perkara ni dengan mem-print-kan gambar dia yang dah siap berdandan macam pengantin perempuan atas papan styrofoam. Liu ambil keputusan untuk kahwin dengan diri dia sendiri untuk membantah tuduhan orang ramai yang kata di ni gay. Ha, baguslah. Daripada orang kata kau gay, terus diorang kata kau gila


Pernikahan dgn Bantal 

 


Perkara gila ni dilakukan oleh seorang lelaki Korea, Lee Jin-gyu. Lee sangat obsess dengan satu serial anime: Mahou Shoujo Lyrical Nanoha, sampaikan bantal kesayangan dia pun menampilkan salah satu karakter gadis ajaib dalam cerita tersebut. Perkahwinan dia dengan bantal tu bukannya satu perkahwinan yang main-main ok. Segalanya dirancang dengan serious. Siap ada tok kadi dan majlis khas. Aku rasa bantal tu kalau boleh bercakap pun tak ingin nak kahwin dengan psycho macam kau, Lee. Tapi, dah nasib kau jadi bantal, terpaksa lah pasrah je. Gila tak? Tunggu sampai kau orang baca perkahwinan pelik yang seterusnya 


 Sumber : sini

P/S : Pelik2 manusia sekarang!! :D
Read more ...

Mini-Mini Giveaway By NabilaMedan




1. Follow blog & like page nabila (dekat sidebar)
2. Tekan link satulink dualink tiga dan link empat. Sampai habis loading tau. Minta korang jujur. Harhar
3. Buat entri
    - Tajuk "Mini - Mini Giveaway By NabilaMedan"
    - Letak banner giveaway dan linkkan semula
4. Letak link entri dekat komen

Read more ...

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com



Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com


syarat sangat mudah :
 1. terbuka kepada pemilik blog yang ada alamat di Malaysia.
2. buat entry dengan tajuk "Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com", link ke entry ini.
3. tinggalkan link entry kengkawan kat kotak komen ye.
4. selesai.

hadiah :
tentulah perfume kan..... 
sebanyak 5 perfume akan diberi kepada kengkawan yang bertuah yang ditaja khas oleh houseofdiza.blogspot.com

pemenang :
pemenang akan dipilih secara undian.....
keputusan akan dimaklumkan paling awal adalah pada 16.04.2013.....
inshaa Allah

tarikh GA:
08.04.2013 - 14.04.2013 (jam 2400)
Read more ...

Saya Nak Menang Hadiah Dan Di Bloglist


Dengan sukacitanya blog Nabila Biela mengadakan segmen Saya nak menang hadiah dan dibloglist. Korang tak perlu follow banyak sponsor...just follow blogNabila Biela dan sponsor yang lain just like pages. Haa best tak??jom tengok syarat-syarat yang lain.

SYARAT-SYARAT
1) Follow blog ni dan like pages
2) Like pages semua sponsor
3) Buat satu entry dan tepek banner kat atas dan link kan ke entry blog ni
4) Letak link blog ini dalam bloglist korang*kalau umum pemenang nanti senang korang nak tahu kan?*
5) TAMAT 20 /4/2013*kalau ramai yang join akan ditamatkan awal*
6) Copy paste je senarai hadiah dan segmen ini ditaja tu ya=)

LIKE PAGES SPONSOR




SENARAI HADIAH

VOUCER TIKET WAYANG X 2 ORANG*tajuk ikut suke korang*
Kardigan X 2
Legging X 2
Tony Moly Tint X 2
Topup RM5 X 1
Manicure Set X 2
Bloglist oleh aku sendiri X 10

GAMBARAN HADIAH

PEMBAHAGIAN HADIAH

TOP REFFRAL: BOLEH PILIH DUA HADIAH*akan diberitahu awal*
RANDOM: SATU HADIAH SORANG

SENARAI PESERTA*akan diupdate dari semasa ke semasa*

SEGMEN INI DITAJA:
  
Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan disponsor oleh EzbuydiazGirl On The SlopeCheapest in Town,D'va Fashionista Boutique,YEZZA by SSS dan Klik & Beli Pakaian & Jersy Online.

Read more ...