16 April 2013

BLOGREVIEW #1


Assalamualaikum..
Harinie nak review blog2 ohsem!!+ best..yg pernah angah anjurkan dulu..tapi baru sekarang sempat nak review...so sekarang angah nak revew 10 blog yg terpilih menggunakan random org..so inilah blog2nya...








  • Blog yang menarik,cantik header tu!!! 
  •  Cerita dalam blog pun best,banyak informasi!! 
  •  Teruskan berblogging/blog yg lawa + kalau dh berjaya jgn lupa dekat angah!! :D
P/S : angah bagi.....♥ ♥ ♥ ♥/5





  • First impression,wow!!Cantik blog ni!!Loading pun cepat! 
  • Widget pun skit je!!! So rasanya tula kut rahsianya??Kan??So blog ni mmg ohsem!! 
  • Blog yg best,padat dgn pelbagai maklumat2 best!!  
P/S : angah bagi....♥ ♥ ♥ ♥/5




  • Blog Purple yg cantik!!suka tgok header..tenung2 manja..ahak...:P 
  • Loading pun laju...best jer..so kalau korang nak tau lebih lanjut just tgok kat blog tu sendiri!! 
  • Jom terjah blog yg ohsem+cantik+purple nie!!  

P/S : angah bagi....♥ ♥ ♥ ♥/5




  • First impression!! ternganga!! Tau kenapa?? sebab header tu lawa sangat!! Simple dan best..satu lagi sebab kaler biru!! 
  • Entri pun best!! Blog yg tak serabut sebab widget sgt sikit!!Loading laju je!!So angah nasihatkan korang2 terjah blog nie!! 
 P/S : angah bagi....♥ ♥ ♥ ♥/5 




  • Blog yg hebat....tulisan pun agak besar!!Maybe boleh edit balik.. or maybe tu trademarknya..:)
  • Suka blog yg suka story2 best..macam blog nie!! Loading pun laju jugak..:)
 P/S : angah bagi.... ♥ ♥ ♥/5 




  •  Blog yg hebat!! Cuma lagu yg agak bising tu je..yg buatkan satu family angah terkejut..:)
  • Wow.siap ada hujan2 turun!! ajar angah boleh?? :D
  • Memang minat dgn KPOP kut?? sebab banyak unsur2 Kpop kat situ..:D
 P/S : angah bagi....  ♥ ♥/5  




  • First impression..comel la blog nie!!ahaha..pastu godek2 laki..wow  ada resepi makanan macam2!! :D 
  • Suka tgok sebab ada macam2 jenis resepi..dn buatkan angah lapar!!!!
 P/S : angah bagi....  ♥ ♥/5 




  • First impression..cantik + comel..ada macam2 cerita best!! :D 
  •  Widget pon tak banyak,so sebab tu la kut loading takda masalah..blog tema biru..suka kaler biru..:Dhaha.. 
  • Followers masih skit tpai takpa..teruskan berblogging!! InsyaAllah..anda akan berjaya!!  



 P/S : angah bagi....  ♥ ♥/5   




  • Blog yg best..macam2 cerita menarik ada kt dalam tu...cuma kelopak2 bunga tu x perlu kut..sebab melambatkan loading blog..:) 
  •  Suka dgn story2 dalam blog anda + anda hebat dlm bercerita!!! :)
 P/S : angah bagi....   ♥/5  





  • Blog ohsem yg terakhir utk direview...cantikkan header tu?? 
  • Rasanya perlu diedit lagi blognya supaya nampak lebih cantik+ kemas.. 
  • Blog yg best jugak..sebab entry yg best.. :D  

 P/S : angah bagi....   ♥/5  


Peringatan : Blog angah bukanlah elok mana pun,kalau nak dibandingkan dengan blog korang,rasanya blog angah lagi teruk kut.Angah cuma nak sampaikan apa pendapat angah terhadap blog korang.Maybe lain blogger,lain pendapatnya..so angah harap korang terima dengan pandangan angah.. :)

Read more ...

Satu Pulau Dua Negara!!


Assalamualaikum..
 Saya tertarik untuk menulis mengenai Pulau Sebatik kali ini kerana terdapat keunikan dari aspek status pemilikannya. Pulau seluas km persegi ini terbelah di tengah-tengah oleh sempadan antarabangsa dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Bagaimana boleh terjadi demikian - mesti ada ceritanya.
 Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang - lebih 3 kali ganda.
 Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.

http://img.iyaa.com/iii/resize/300/file/berita/regional/umum/__icsFiles/afieldfile/2012/06/24/_bersama_indonesia__malaysia_1-5530017783941957226.jpg 


 
Menulis perkataan Telok Cowie, teringat saya tentang satu tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM dalam tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang termasuk juruterbangnya. Hampir kesemua penumpang yang terkorban adalah anggota tentera darat.

Sukar untuk mendapat maklumat mengenai Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Saya menyusuri website dan blog-blog berkaitan dengan Pulau Sebatik, kebanyakannya ditulis oleh rakyat Indonesia. Disamping cerita berkaitan semangat keIndonesiaan khususnya yang melibatkan isu persempadanan, pemilikan perairan dan pulau-pulau sekitar sebelah Kalimantan Timur.

Tetapi kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya. Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.

http://www.lapanrs.com/lapannew/isdal/Sebatik_LU_a1.jpg

Penduduk Indonesia banyak bertumpu di sempadan Malaysia. Walaupun terdapat batu penanda sempadan di sepanjang sempadan negara, ia tidak diberatkan. Ada rumah rakyat Indonesia yang anjungnya di wilayah Indinesia, dapur dan bilik airnya di wilayah Sabah. Ramai penduduk Indonesia mengusahakan tanah di Malaysia dengan cara sewaan. Katanya harga tanah di Indonesia kira-kira 10 juta Rupiah (sehektar, manakala di Malaysia mereka boleh menyewa hanya RM100 sahaja (Rp280,000) untuk ukuran tanah 9 x 17 meter.

Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika Kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik, mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.


Foto : Salah satu pos kawalan sempadan pihak Indonesia. Wilayah Malaysia dibelakang rumah tu saja.



Sumber


Read more ...

Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua..  Semua ini bersempena blog ERAZ FADLI mencapai Pageview 1 Juta.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang (Selasa - 16 April 2013 hingga 2.30 Petang (Rabu - 17 April 2013) sahaja.. 24 Jam!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Read more ...

Peraturan Pelik yang dicipta Manusia.

 Assalamualaikum..
Peraturan Pelik yang dicipta Manusia. Sesuatu peraturan dicipta untuk dipatuhi. Ape ke pelik! bila ada undang-undang aneh dan tak masuk akal telah diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Dinamakan manusia, memang banyak ragamnya. Beberapa undang-undang aneh dan peraturan pelik ini, ada antaranya agak lucu, ada juga yang menakutkan. Apa yang pasti, dunia semakin maju, harap-harapnya di Malaysia tidak tercipta peraturan pelik dan undang-undang aneh seperti yang dikuatkuasakan di beberapa negara besar di dunia ini. Pelik dan Aneh tetapi Benar!

Peraturan Pelik Undang undang aneh Apekepelik manusia

Peraturan Pelik dan Undang-undang Aneh yang dicipta Manusia






Undang-undang pelik di Arizona Amerika


  • Dilarang memandu tanpa kasut.
  • Dilarang bermain domino di hari Minggu.
  • Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
  • Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
  • Dilarang memandu dengan mata tertutup.

Peraturan Pelik di Singapura


  • Dilarang berjalan sambil berbogel
  • Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

Peraturan Pelik di Alaska


  • Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
  • Dilarang memberi minum bir pada rusa.
  • Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

Undang-undang Aneh di Arkansas


  • Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
  • Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
  • Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
  • Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

Peraturan Pelik di Thailand


  • Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

Undang-undang pelik di United Kingdom


  • Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
  • Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

Peraturan Aneh di Mexico


  • Dilarang memaki di tempat umum.
  • Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.

Undang-undang pelik di Swiss


  • Dilarang berkebun di hari minggu.

Peraturan Aneh di Swedia


  • Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

Undang-undang Aneh di Korea


  • Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

Undang-undang pelik di Kanada


  • Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
  • Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
  • Dilarang memanjat pokok.

Undang-undang Aneh di Australia


  • Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
  • Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

Peraturan pelik di Yunani


  • Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

Peraturan Pelik di Perancis


  • Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

Undang-undang Aneh di Israel


  • Dilarang memelihara Khinzir di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

Undang-undang pelik di California


  • Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

Peraturan Pelik di Colorado


  • Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

Undang-undang Aneh di Connecticut


  • Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

Undang-undang Aneh di Florida


  • Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
  • Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6.
  • Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


PELIK AMAT!!

Pelik dan Aneh tetapi Benar! Itulah diantara Peraturan pelik dan undang-undang aneh yang telah diciptakan oleh manusia dan diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Rasanya Peraturan dan Undang-undang di Malaysia telah memadai, cuma dulu ada juga peraturan Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang, tapi tidaklah melampau peliknya.

SUMBER
Read more ...