27 Mei 2013

AJAIB : 12 Keajaiban DUNIA Dubai





1.Hotel Termewah – Burj Al Arab


Di negara lain hotel 5 bintang adalah hotel yang termewah. Lain halnya dengan Burj Al Arab yang dinobatkan sebagai hotel 7 bintang. Hotel ini berada di atas pulau buatan seluas 280 meter persegi.



2, 3, 4. Menara / Gedung Tertinggi + Gedung dengan jumlah lantai Terbanyak + lift Tercepat – Burj Khalifa


Memiliki ketinggian hingga 828 meter (2.717 kaki). Burj Khalifa adalah bangunan tertinggi di dunia yang pernah dibuat oleh manusia. Bukan hanya bangunan tertinggi, Burj Khalifa juga merupakan bangunan dengan jumlah tingkat terbanyak iaitu 160 tingkat.

5, 6. Mall Terbesar + Akuarium Air Laut Indoor Terbesar – Dubai Mall



Dubai Mall terdapat di sebelah Burj Khalifa. Luas bangunannya mencapai 55 hektar dengan luas keseluruhan sekitar 50 x padang bola sepak. Didalamnya terdapat 1,200 kedai dari segala jenama.


7. Hotel Terdalam – Hydropolis Under Water Hotel and Resort


Hydropolis merupakan resort hotel mewah bawah laut pertama didunia. Terletak 66 kaki di bawah permukaan Teluk Persia, selepas pantai Jumeira, Dubai. Dilengkapi dengan tiang dan besi, dinding plexiglass dan atap melengkungnya membuat para pengunjung dapat melihat ikan dan makhluk laut lainnya.


8. Ski Indoor Terbesar – Dubai Ski






Dubai Ski adalah salah satu resort ski terbesar di dunia, dengan area ski indoor seluas 22,500 meter persegi dengan tinggi 85 meter. Resort Ski ini merupakan sebahagian dari Mall of the Emirates yang merupakan mall ketiga terbesar didunia dengan 6,000ton salji.


9, 10. Papan Billboard Tertinggi + Terpanjang



Billboard / papan iklan yang berada di DubaiLand ini setinggi bangunan 33 tingkat dan dapat dilihat dari jarak 1.5 km. Billboard ini berupa susunan layar LED terbesar di dunia.




11. Kedai Gula-gula Terbesar – Candylicious


Candylicious adalah gerai kedai gula-gula yang ada di beberapa negara. Namun gerai terbesarnya ada di Dubai, tempatnya di Dubai Mall.


12. Kepulauan Buatan Terbesar – Palm Island


Palm Islands merupakan kepulauan buatan di Dubai, Emirates Arab dimana infrastruktur perdagangan dan perumahan dibangunkan. Kepulauan ini menjadi projek tambak tanah terbesar di dunia dan membentuk kepulauan buatan terbesar di dunia. Pulau-pulau itu adalah Palm Jumeirah, Palm Jabal Ali dan Palm Deira. Setiap pulau akan berbentuk pohon palm, diatapi sebuah sabit.


SUMBER : SINI

nota : kan best kalau diorang kongsi2 kekayaan dgn negara2 Islam yg lain?? :D
Read more ...

Penambahan BLOGLIST

Read more ...