30 Mei 2013

MENARA GADING/GADING GAJAH?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..readers...sekarang still menghitung hari untuk ke MENARA GADING..hehe..Universiti..hehe..berdebar2..excited..dan rasanya ini adalah antara entri2 terakhir angah sebelum ke UITM..

So angah cuma nak cerita je lah pasal DUGAAN2 yg angah hadapi..hehe..yg terbaru adalah daripada seorang cikgu sekolah rendah angah....angah tak tau la kalau2 dia mmg usha blog angah..tpi angah rasa sedih la jugak..

Even angah tak dengar dari mulut cikgu tu sendiri..tapi angah tetap terasa..TERUK SANGAT KE BILA BUDAK YG MASUK SBP,PILIH MUZIK SEBAGAI PILIHAN??TERUK SANGAT KE BILA BUDAK SEKOLAH SAINS TAK AMBIL BIDANG SAINS??

Yg tu la angah rasa sekarang ni..btw..angah tak lah salahkan sesiapa pun..semua ada hak untuk bersuara...utk katakan sesuatu..tapi bila angah dah buat keputusan sendiri..so angah rasa biarkan je lah..lain la bila angah dah amik kos tu..dah study semua...pastu fail..time tu baru boleh semua org nak kata/kutuk angah..

Tak semestinya semua org yg masuk SBP/SEKOLAH SAINS tu kena wajib ambil bidang sains..ye la..apa yg angah tgok..kawan angah pun ada jugak yg tak dapat tawaran apa2 langsung...lagi kesian kan??

So angah rasa rezeki terletak dimana2 :D

SEKIAN..

Peringatan : nantikan...
Read more ...

Tugu negara dibomkan?


Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara



Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975


Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.


Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.


Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.


Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.


Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.


Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960). 


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).


Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan. 


Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.


SUMBER : SINI
Read more ...