6 Ogos 2013

Bila Datang Hari Raya







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar readers?? Lamanya tak update blog.Hehe bukan apa sibuk dengan persiapan nak raya.Haha..cuma tahun ni macam tak excited macam tahun2 dulu.Entah kenapa.


BILA DATANG HARI RAYA..sure lagu2 raya akan berkumandang.Time2 macam ni la lagu2 zaman purbakala akan berkumandang kembali di radio/tv dgn yg lain2. Hehe mmg lagu2 macam tu takkan lapuk.Lagu2 tu akan sentiasa evergreen kan??

BILA DATANG HARI RAYA..mesti orang ramai mostly org melayu Malaysia AKAN BERSHOPPING sakan membeli semua barang2 baru.Contohnya macam sofa baru..kereta baru..cat rumah baru...baju baru...langsir baru..senang kata semua benda nak baru. :D

BILA DATANG HARI RAYA...mesti TV semua ada program2 raya..contoh macam drama2 RAYA...pastu ada pulak FILEM2 yg ditayangkan utk hari raya.Memang best.Kalau macam tu tak payah pegi wayang.Tgok kat rumah pon boleh?? :D

 
BILA DATANG HARI RAYA...mesti ada pelbagai juadah yg disediakan..macam sate..ketupat/rendang..kuih2muih..erm..sedap sangat.Serius siapa2 yg takda perasaan tentang makanan time raya ni mmg seorang yg pelik.

BILA DATANG HARI RAYA..mulalah jalan2 lebuhraya akan sesak..sebab semua orang nak balik kampung beraya.Tiket BAS akan habis sebab semua orang beli.Pastu jalanraya kat KL akan lengang.Dan bazar2 yg menjual barang2 raya akan dibuka sehingga pagi.

Macam tu la kemeriahan time raya.Memang suasana yg takkan dilupakan.Setiap orang akan tunggu untuk hari raya.Tapi bagi angah..raya dah tak macam dulu.Kalau dulu..time nak raya angah akan balik kampung..pastu jumpa tok/tokwaan...tapi sekarang balik kampung hanya ada tokwan..yg lain semua dah takda..i mean dah meninggal dunia..yg tinggal mak saudara dgn yg lain2..nenek angah dah takda. Betapa sedih bila angah teringat pasal dia.Selalu pagi2 angah akan bangun pastu teman dia buat kuih.Tapi sekarang..dah takda pengalaman macam tu dah.So kepada mereka2 yg masih ada nenek atau ahli keluarga yg lengkap..hargailah mereka. :D

Sekian.  
Read more ...