10 September 2013

BLOGGER PERASAN BAGUS???



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa yg angah nak cakapkan adalah totally tentang BLOGGER.Sebuah dunia yg penuh warna warni.

Dalam sepanjang angah berblogging ni.. angah dah jumpa macam2 perangai blogger.

Pertama, blogger yg jenis baik dan peramah.Blogger macam ni yg angah suka,sebab suka bantu orang lain..dan kadang2 mengomen di blog..interaksi sesama blogger. Angah sangat suka blogger yg macam ni.
Kedua,Blogger yg jenis pendiam dan tidak menonjolkan diri yg sebenar.That means blogger yg tak expose langsung identiti dirinya dengan menggunakan identiti lain.Blogger yg ni bagi angah macam blogger misteri. Maybe ada something yg dia nak simpan daripada pandangan pembaca??
Ketiga,Blogger yg mencari populariti.Blogger macam ni suka mencari publisiti murahan dengan menerbitkan entry2 yg konon2 hebat.Padahal menciplak entry blogger lain.Blogger macam ni jugak mengejar FOLLOWERS dan lain2. Sedangkan entry yg dihasilkan sama ada meniru atau menciplak entry org lain..atau entry yg dihasilkan tidak berkualiti.

Keempat,Blogger yg hebat dan otai..yg mempunyai ramai followers dan pembaca tetapi baik hati dan peramah serta suka membantu.Blogger macam ni sangat2 disenangi oleh orang ramai termasuk blogger newbie macam angah.Kadang2 angah selalu bertanya jugak.dan alhamdulillah..mereka bantu angah.
Kelima,Blogger yg sombong dengan berlagak hebat memandangkan follower blog mereka sudah beribu riban.Blogger macam ni hanya beramah mesra dengan blogger dikalangan atau sehebat mereka sahaja.Kesian kepada blogger yg baru meningkat naik. 
 Keenam,Blogger newbie yg mencari pelbagai ilmu blogging.Itulah angah!! :) Blogger yg mencari macam2 maklumat dan bantuan blogger2 ohsem!! :) Bantuan daripada blogger hebat seperti korang sangat2 diperlukan supaya kita semua sama2 dapat maju pada masa hadapan. 
 
Sekian. 
Read more ...

Statistik DJH + BLOG



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat tak hari tu angah ada kata tentang mencari pengomen tegar blog DJH kan?? Siap ada ranking lagi..tapi sekarang kalau korang boleh tgok,mmg dah takda..

Sebenarnya bukan apa,angah nak buat surprise,means korang kena lah komen banyak2..pastu nanti bila dah masuk bulan baru,angah akan pasang widget tu selama 2 hari.So korang boleh tgok ranking korang.Apa yg pasti angah akan berikan ganjaran kepada mereka yg mendapat TOP 5 dalam ranking tu!! :D


Macam ni lah contoh utk ranking tu!! :D So korang kena rajin tau!! :)

Disebabkan blog DJH ni sudah kembali aktif selepas satu bulan tidak update entry langsung..maka ranking BLOG DJH semakin naik!! :) Apa yg boleh angah perhatikan,blog DJH sedang mendaki ranking ALEXA.Alhamdulillah.. 




Korang boleh tgok perbezaan daripada yg dulu..dengan yg sekarang :)


Syukur alhamdulillah..walau apa2 pun..angah akan tetap perbaiki blog ni pada masa hadapan.InsyaAllah.Angah tgh perbaiki yg mana angah mampu.Supaya blog DJH lebih maju pada masa hadapan. :)

Sekian
Read more ...

7 Tips Penjagaan Iphone 5, Handphone, Smartphone, Tablet

7 TIPS PENJAGAAN IPHONE 5, SAMSUNG GALAZY, HANDPHONE (HP), SMARTPHONE, TABLET DAN SEANGKATAN DENGANNYA..

1. Jangan menggoyang goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda panas giler dan bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan.
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..
5. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan tak kesejukkan.
6. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..
7. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah tulang belakang.

 Sumber
Read more ...