20 September 2013

Mencari LAPTOP terbaik??


Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Tidak kira apakah tujuan penggunaannya, kita mahukan yang terbaik berdasarkan kewangan kita. Jika ada diantara kita yang masih tercari-cari jenama laptop yang terbaik, berikut adalah panduan yang bersumberkan dari mycetc.blogspot.com:


PERTAMA
Buat kajian melalui google apakan 'top laptop'. Kajian dibuat berdasarkan laptop yang paling anda suka:
Berikut adalah contohnya contoh top 10:
1. Asus2. Fujitsu3. Apple4. Dell5. Toshiba6. HP7. Lenovo8. NEC9. Samsung10. Sony
KEDUA
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.Berikut disenaraikan 5 contoh pilihan.
1. Asus2. Dell3. Samsung4. NEC5. Fujitsu
KETIGA
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai. Contoh pilihan 3 terbaik adalah:
1. Asus2. Dell3. Fujitsu
KEEMPAT
Pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.Cara membuat pilihan adalah berdasarkan:
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
KELIMAPerkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop adalah:
1. Jangan beli ikut kawan yang membeli jenama tersebut kerana ianya banyak di kedai-kedai komputer.
2. Jangan beli kerana 'ayat-ayat power' dari penjual/promoter kedai komputer tersebut. Rujuk kepada rujukan yang telah dilakukan.
3. Jangan beranggapan semua laptop sama yang berbeza adalah nama dan harga.
4.  Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan grafik pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi 

OS DAN PERKAKASAN
3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.)
1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya. Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Processor AMD ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri. Serta amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. (PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan  12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat )

LINKS:1. computers.toptenreviews.com2. pcmag.com3. reviews.cnet.com4. businessinsider.com5. techradar.com (top-laptops-25-best-laptops-in-the-world)

Sekian
*Angah dah ada lappy sendiri :D
Read more ...

Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH :20.9.2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ni angah nak update Ranking Pengomen Tegar Di blog DJH.Kedudukan sudah berubah.Kalau korang tersenarai alhamdulillah.Yg masih belum tersenarai tak apa,korang boleh usaha lagi selepas ini.
Untuk tengok ranking sebelum ni boleh ke SINI 


Ini pulak adalah ranking utk 10 yg seterusnya daripada nombor 11 sehingga nombor 20.Blogger Hafidz Haikal dan Akmal terkeluar daripada senarai manakala blogger Tetamu Istimewa dan Sabrina SA tersenarai dalam carta. :)


Ini pulak untuk 10 ranking berikutnya.Dari 21 sehingga 30.Korang still boleh improvekan ranking ni.Alhamdulillah..teruskan mengomen di blog DJH.InsyaAllah..angah akan berikan "SOMETHING" kepada Pengomen yg unggul di Carta 1 :)
Sekian


Read more ...

Antara Kesungguhan Dan Kebolehan





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Diam tak diam..rasanya tinggal 2 minggu je lagi angah dekat UITM SHAH ALAM.Dan seterusnya akan bercuti semester.Sungguh tak disangkakan.Kat atas tu adalah gambar laptop angah dengan CLARINET yg angah pinjam dekat Fakulti.Nak beli CLARINET?? Tak mampu lagi lah..harganya lagi mahal dari LAPTOP!!


Angah ada belajar main CAKLEMPONG..orang kata Caklempong ni ada semangat..sampaikan kawan angah kata " JANGAN LANGKAH CAKLEMPONG..NANTI KAU KENA KACAU MALAM NANTI." Tapi angah langkah jugak..sebab  buat apa nak takut dekat benda tu..takut dekat TUHAN lagi penting.Apa yg angah tengok ramai kawan angah dekat fakulti yg tak takut tuhan pun..Tapi bila bab2 benda2 mistik or syirik punya la pandai.. :'(


Untuk pengetahuan semua,Fakulti Muzik Uitm Shah Alam terletak di Seksyen 17.Fakulti ni terletak dalam kawasan INTEC.Tempatnya macam tersorok sikit kat dalam kawasan tu.Apa yg angah boleh katakan bangunan  fakulti angah macam bangunan sekolah..So angah tak rasa macam fakulti sangat la..lebih kepada sekolah :)

Sekian
*Berpijak di bumi yg nyata :)
Read more ...