25 September 2013

Ranking Alexa Blog DJH : 25.9.2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Angah bangun pagi2 dan terus bukak internet dan check ranking Alexa utk blog DJH.Alhamdulillah semakin bagus.Thanks kepada korang semua yg tak putus2 sokong DJH. 

Ranking Semasa DJH


Global Rank : 582, 775

Malaysia Rank : 2,966

Klik SINI utk ranking Alexa sebelum ini.

Sekian



Read more ...

Wordless Wednesday 1




Bersama KAKAK tersayang.

Sekian.

Read more ...

Terbaik!! Alat penjimatan minyak buatan Malaysia??!!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Iklan alat penjimatan minyak kat bawah ni atau lebih dikenali sebagai selimut penjimatan minyak. Ade dijual dimana-mana sahaja.. Murah dan senang digunakan. Minyak dapat dijimatkan sehingga 100%!! 






*Pendapat angah,ada benarnya.Senang je cara nak jimat minyak.Tak payah gunakan kenderaan.Jalan kaki.Selain dapat jimatkan minyak,dapat jugak sihatkan diri. :)

Sekian 
Read more ...

Surah Al Mulk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini  moga dapatlah kita bersama-sama mengamalkan surah ini untuk keselamatan di dunia ini dan akhirat nanti. Ambillah fadhilat dari surah Al-Mulk ini untuk panduan hidup kita semua.
Angah dulu selalu juga amalkan surah Al-Mulk ni,tapi semenjak tinggal di U,dah macam kurang sikit.Jadi sama2 kita mengamalkan surah ini bersama.


 Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.
Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya.

Sekian
Read more ...