12 Oktober 2013

Jalan-Jalan di Pekan Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk update blog.
Hari ni angah jalan2 kat Kulim.Hehe.Sebenarnya bukan jalan2 pun,angah baru balik dari Penang,ada hal sikit,so saja nak snap gambar bandar Kulim yg sempat nak disnap. :D
Bangunan Lama di Bandar Kulim.



Bas Kulim-Baling.

Bangunan yg rasanya paling tinggi tapi buruk,agak seram.
Ni bangunan yg agak seram.Nampak macam baru,tapi dah ditinggalkan.Korang boleh tgok. 

Bangunan usang.
Bangunan usang ini korang boleh tgok dengan lebih dekat. 


Tada,nilah bangunannya.Naseb baik depan bangunan ni ada trafik light,so boleh berhenti kejap.Tapi cuba korang bayangkan malam2 macam mana keadaannya??Dengan tingkap2 pecah yg korang pun boleh tgok sendiri.


Ni pulak dekat Kelang Lama,depan sikit daripada Bandar Kulim,tengok langit dan awan yg sangat cantik.Tak lupa jugak dekat 5 ekor penyu yg warna warni.


Nampak kan langit yg nampak sangat nak hujan lebat tu?? Sekarang musim hujan kat sini.

So tu jelah gambar yg angah nak kongsikan.Iaitu gambar bandar Kulim,daerah yg terletaknya rumah angah.Sebuah daerah yg agak maju jika dibandingkan dengan daerah2 yg lain.Sebuah daerah yg kecil :D

Sekian.

*Angah mengajak semua untuk datang ke Bandar Kulim.
 

Read more ...

Angan-Angan




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni nak berkongsi tentang angan-angan.Semua orang ada angan2.Termasuk angah.So angah nak kongsi,apa angan2 angah time kecik2 dulu. :)

  • Dulu-dulu angah nak sangat semua family angah sebelah ayah angah,sebelah mak angah semua duduk dalam satu rumah yg sama,means rumah yg besar la,tapi sekarang dah tak bolehdah..sebab ramai yg dah meninggal dunia.

  •  Dulu-dulu angah selalu terfikir untuk bina jambatan dari terengganu sampai ke sabah,kononnya takut nak naik kapal terbang,so buat jambatan save sikit,tapi sekarang baru angah sedar bahawa kos nak buat jambatan tu lagi berbilion2 kali ganda daripada tiket kapal terbang nk ke sabah.
 
  • Angah terfikir untuk pergi ke semua negara di dunia,tapi sekarang angah sedar bahawa angah tak mampu.Setakat Malaysia pun belum habis dijelajahi. 
  •  Angah terfikir untukke bulan,sebab nampak cantik dari jauh,cantik sangat.Tapi bila dah besar,baru angah sedar bahawa bulan tu tak cantik,penuh dengan kawah.Berlubang sana sini.
  • Angah terfikir untuk buat satu mesin masa untuk ke mana2 sahaja sama ada di masa hadapan ataupun zaman lampau.Tapi baru angah tahu bahawa mustahil untuk cipta mesin tu.

Sebenarnya banyak lagi yg angah angankan,tapi rasanya sampai ke esok dan keberapa entry baru habis.Hehe.
Sebenarnya tak berdosa pun kalau kita berangan.Semuanya free.So kalau nak berangan,berangan yg indah2 sahaja. :D

Sekian.
 
 

Read more ...

Tips Lulus Ujian Motor JPJ


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni angah nak kongsikan dengan korang semua tentang cara2 atau tips nak lulus ujian Motor JPJ.Kenapa angah kongsikan cerita ni?? Hahaha..nanti angah bagitau :D 


TIPS LULUS UJIAN MOTOR JPJ

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang motorsikal dengan baik dan yakin. Walaupun nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian motor dengan JPJ kelak kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian yang sebenar. 
Bahagian Pertama :
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu. Pakai baju pemantul cahaya dengan kemas.
Bahagian Kedua :
1- Pusingan 8
Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian JPJ ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu menggunakangear kedua (sepanjang masa). Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Guna lorong sebelah kiri pada sepanjang masa. Calon sama sekali tidak dibenarkan menurunkan kaki ke atas jalan raya. 
2 - Laluan Titi
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut. 
3 - Laluan Kon Zig Zag 
Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. 

Daku Amat Menyintai Mu

4 - Brek Kecemasan/Emergency
Terakhir dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yg sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yg diberikan. Calon perlumenekan brake kaki terlebih dahulu kemudian baru menggenggam dengan seluruh jari brake tanganJangan lepaskan brake. Hendle motor disengetkan ke kiri kemudian pandang ke arah pegawai JPJ. Ketika berhenti hanya kaki kiri saja memijak jalan raya, kaki kanan masih di atas brake. 
Bahagian Ketiga :
Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan. 
Pastikan calon memberikan isyarat tangan kanan (melambai) sebanyak tiga kali di tiga lokasi. jika ingin membelok beri isyarat tangan kiri sekali saja. Ketika berhenti, pastikantangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Bebaskan semua gear kemudian matikan enjin motor. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan tongkat atau “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah. 
Diharapkan tips di atas dapat membantu calon menghadapi ujian. Semoga Berjaya. 

*Macam mana dengan tips ni??Hehe..membantu tak korang?? :D
Read more ...

"Saya memang takut dengan David Teo"-Wawa Zainal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Menurut Aeril Zafrel,

Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.
Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.


Menurut Wawa Zainal
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.

Apa pendapat korang??Pendapat angah,alhamdulillah segala2nya sudah selesai.So masing2 dah mengaku,harap selepas ni dah takda apa-apa cerita tak sedap dengar la pulak :D Semoga berbahagia.
Read more ...

GA October by Emas Putih



Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



Read more ...