14 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua readers DJH.Semoga pengorbanan yg dilakukan diberkati dan diredhai Allah.S.W.T.
Macam mana dengan Aidiladha korang?? Angah?? Persiapan sudah pun dibuat.Mungkin korang nak panduan Solat Sunat Aidiladha??Boleh tgok sini. 


Dan apa yg angah tgok dekat gambar atas ni,sedih pulak rasanya.Mungkin lembu tu sedang memikirkan masa depannya.Takpelah.Awak berkorban juga cik lembu.Lagipun awak sedap  :DHehe

Sekian.

Read more ...

Kenapa saya tak nak menjadi GURU!!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalaulah angah jadi guru agama,sure angah akan rasa sebagai guru terbaik di dunia.Hehe jawapan yg kelakar.Maybe bagi sesetengah orang akan kata "Teruknya budak ni!" Tapi bagi angah okeylah,asalakan dia jawab jugak..hehe padahal soalan tu suruh JAWIKAN.
Tahniah kepada semua guru2,kerana berjaya melayan pelbagai kerenah murid2.Angah respek dengan semua cikgu2,sebab semua yg berjaya bermula dengan guru2. :D
Sekarang pun rasanya orang yg tua + dah besar pun tak reti kut nak tulis jawi??Haha,try test tengok,sure ramai kantoi.TULISAN JAWI DAH SEMAKIN pupus..So jom sama2 naikkan kembali Tulisan Jawi.
Sekian. \

*Tajuk atas tu saja je :D

Read more ...

Terima kasih,blogger??!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama angah nak buat entry ni,tapi hari ni baru terbuat.Tak sangka dah 1736 follower blog DJH.Alhamdulillah syukur sangat.Bermakna selama angah berblogging ni,angah ada penyokong jugak.Tak la seperti syok sendiri.
Kadang2 ada yg kata jumlah follower penting dan ada jugak blogger yg kata tak penting.Bagi angah penting juga sebab tu penanda aras bahawa blog kita diterima orang atau tak.Tapi sama penting dengan PAGEVIEW jugak.
Kedua-duanya penting,kalau tak,mesti tak happening sesebuah blog tu. 
 

Sama jugak dengan GOOGLE+ yg angah lihat makin bertambah penting sekarang ni.Alhamdulillah,terima kasih kepada semua yg dah follow GOOGLE+ angah.Kenapa dah jadi penting??Sebab sekarang ni,G+ ni boleh promote blog kita secara terus,senang tambah2 bagi blogger yg gunakan komen Google+,setiap komen akan dipromotekan ,sekaligus pv akan meningkat.
Angah tk guna lagi kotak komen Google+,nanti baru angah nak guna,hehe nak tgok dulu,best atau tak.Tapi secara jujurnya GOOGLE+ kini dah sama penting dengan yg lain2.

Secara kesimpulannya,angah nak ucapkan jutaan,bilionan terima kasih kepada semua yg menyokong angah dalam melakukan apa yg kita sama2 suka.InsyaAllah,angah akan mantapkan lagi cara berblogging angah.Sila beri tunjuk ajar. :D 
 Sekian.


Read more ...

Beli Belah Raya Haji



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni angah keluar pagi dengan family,pergi mana?? Hehe apa lagi,shopping di pasar pagi.

Sebenarnya bersempena raya Haji ni,so family angah nak buatlah sedikit juadah,yg ringan2 dan sedap iaitu rendang dan ketupat daun palas.So angah dgn akak angah je ada,kami pun bersepakat untuk ikut mak ngn abah ke pasar pagi. 



Membeli daging lembu,setiap kali dia nak potong daging+tulang lembu tu,mesti tepercik darah lembu atau isi nya ke hadapan.Haha,yg best pulak,dia tak sedar pun angah tangkap gambar :D




Inilah suasana pasar pagi di Kuala Ketil,Kedah darul aman.Dengan cuaca hujan renyai2,rasa macam dekat Cameron Highland pulak.Haha,sejuk dan nyaman.


Tu pulak ayah angah dengan mak angah,tengah beli sayur,tgok kat jalan bawah tu,penuh dengan lecah.hehe takpa2 asalkan dapat beli kesemuanya.

Ayah angah cakap,walaupun raya haji,kena sambut jugak,sebab time ni lah anak2 balik pun..bila time lain anak2 semua jauh merantau.Kalau time biasa2 hanya tinggal mak,abah ngn adik angah yg sorang tu je.Yg lagi 3 anaknya ada di asrama.Angah pulak tinggal jauh. :(
Biarlah orang nak kata apa pun,asalkan kita bahagia satu family. :D

Sekian.
 Panduan Solat Sunat Hari Raya Haji
Read more ...

Panduan Solat Sunat Hari Raya Korban / Haji (Aidil Adha)

Takbir Raya 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni angah nak kongsikan tentang Panduan Solat Sunat Aidiladha.Mesti ada antara korang yg dah lupa kan??Angah pun lupa jugak,so mari kita ingat sama2.Gambar yg atas tu untuk takbir raya.Yg dibawah ni adalah tips/panduannya.
Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)
Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي
" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam - menjadi makmum).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).
(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

(4) Membaca fatihah dan surah al Akla.
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir dan doa,
(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)

Peringatan:
(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).
(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )
(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )
(e) Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)

So rasanya setakat tu jelah panduan yg boleh angah berikan.Jadi,lepas ni korang mesti boleh ingat kan??Angah [un nak ingat jugak,senang je,cuma dah setahun sekali je buat,sebab tu kadang2 lupa step. :D
*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Read more ...