19 Oktober 2013

Super Spontan 2013 : Suhaimi Terkeluar



"Program permainan komedi, Super Spontan 2013 nampaknya semakin menghampiri pentas kemuncak selepas persaingan antara Semut Sentap dan Ketam Konfius semakin sengit dan hanya tinggal beberapa peserta sahaja yang tinggal.
Minggu kelapan Super Spontan 2013 malam tadi menyaksikan Suhaimi yang berasal dari Singapura tersingkir selepas kumpulannya Ketam Konfius tewas dari segi undian SMS. Hanya tiga peserta yang tinggal untuk Ketam Konfius meneruskan saingan minggu hadapan. Tiga peserta yang tinggal itu ialah Along, Nabil dan Yus Jambu."

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Program SUPER SPONTAN 2013,semakin menghampiri kemuncaknya.Dah nak dekat habis,so sekarang yg tinggal hanyalah mereka2 yg terror dan spontan.Angah baru je layan Super Spontan ni sekarang,sebab yg dulu2 punya bosan sikit,tapi makin lama makin best pulak hehe.
So sama-sama kita nantikan siapakah pemenangnya. :D 
 Sekian.

Read more ...

Tahun Melawat Malaysia 2014





KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tahun Melawat Malaysia 2014 perlu dijadikan sebagai misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kedatangan 28 juta pelancong pada tahun depan.Perdana Menteri berkata projek yang didokong oleh kerajaan bukan sahaja terletak di bahu Kementerian Pelancongan tetapi juga setiap kementerian dan agensi serta kerajaan negeri untuk memastikan program itu mencapai kejayaan 


MALAYSIA mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.Tak perlu nak keluar negara untuk melihat tempat2 menarik sedangkan Malaysia pun masih banyak tempat2 menarik yg perlu anda lawati. 
 



Kalau anda nak tahu,tahun melawat Malaysia pada tahun 2007 telah berjaya melepasi sasaran pelancong iaitu seramai 20.7 juta pelancong,melebih sebanyak 0.6 juta pelancong.Selain itu,ekonomi Malaysia juga turut berkembang melalui PELANCONGAN.
Jadi,apa kata kita sama2 promote Malaysia sebagai tempat pelancongan terbaik dunia??Selain tu,boleh juga kalau kita menjadi pelancong domestik,dengan melancong ke negeri2 yg belum kita lawati. :D

Kesimpulannya,MALAYSIA mempunyai pelbagai tempat menarik,TRULY ASIA kata orang putih..tapi kata orang kita adalah BUMI BERTUAH.
Sekian. 

Read more ...

PROGRAM VAKSINASI - HPV UNTUK WANITA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa itu Program Vaksinasi  HPV ? haa! Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM). 



Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

• memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 19 tahun   yg lahir    dalam tahun 1993 hingga 1995
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.


Anda tahu atau tak yang kanser pangkal rahim ni berbahaya untuk kaum wanita di luar sana?Jadi di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada anda,tapi hanya wanita sahaja,lelaki boleh pergi ke hospital atau tempat2 lain yg berkenaan.


26 OKTOBER 2013 

BUKIT EXPO- UPM
9 PAGI SEHINGGA 4 PETANG

"For those who complete all three doses, they will be given a free pass to a concert with locally- renowned artistes that is scheduled in the second quarter of 2014. (2nd March 2014)" Bestkan?? Maksudnya sesiapa yg dah selesai 3 dos akan diberikan pass untuk ke konsert artis pada tahun 2014.
Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. 

Hadiah tersebut cukup lumayan ! Hadiah dan destinasi outing anda akan ditaja sepenuhnya pada Girls Day Out.
Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, anda boleh layari http://facebook.com/PVHP

Read more ...

"PERMOHONAN KOLEJ SEDANG DIPROSES."




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"PERMOHONAN KOLEJ SEDANG DIPROSES."

Macam mana nak mula??Hehe,sebenarnya macam ni,kawan angah bagitau yg permohonan kolej dah keluar.So angah pun check la..last2..dia keluar macam ni je..Agak kecewa,tapi bermakna harapan tu ada.
Sebenarnya KOLEJ adalah penting untuk angah yg tinggal jauh.Kalau sebelum ni,semasa semester pertama angah dah tinggal di KOLEJ JATI,so rasanya angah nak sambung tinggal disitu,tapi ada pihak pentadbiran kolej beritahu kemungkinan akan ditolak sebab tak cukup tempat,kononnya ramai sangat yg akan duduk kolej.

So angah sangat2 berharap supaya angah dapat tinggal di Kolej.Angah baru nak masuk semester kedua,jadi angah berharap sangat angah dapat.Doakan angah ye..kawan2.. :D
Sekian untuk pagi ini.


Read more ...