20 Oktober 2013

Kampungku Banjir : Part 2 : Semakin Teruk





Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Dah baca dah entry Kampungku Banjir  ?? Ini adalah sambungannya.Selepas je tengah hari tu,so angah dengan mak dan ayah balik ke rumah angah yg terletak tak jauh dengan rumah tok wan angah tu.
Pastu rehat2 kejap,tetiba dapat call daripada makcik angah,banjir semakin teruk.Dan mereka nak bawa tokwan angah ke pusat pemindahan.Bila angah sampai je kat pekan Merbau Pulas,PENUH RIUH dengan orang ramai,kereta2 dan macam2 lagi.Air dah mula naik.
Pastu dengan laluan nak ke rumah tokwan angah yg sudah tertutup.Kami terpaksa melalui air yg sangat deras seperti dekat sungai.Hampir2 terjatuh dibuatnya.Tapi alhamdulillah,sampai juga.
Apa yg penting,nyawa lebih penting berbanding harta benda.Bila time nak balik tu,kami melalui kawasan rumah2 orang,ketika tu dah gelap,jadi boleh tgok rumah yg ada orang atau tak.Kebanyakannya sudah berpindah,cuma ada segelintir yg masih tidak mahu berpindah. 
Baru sekarang angah sedar betapa pentingnya nyawa,tidak kira nyawa manusia ataupun haiwan sebabnya angah tengok dengan mata angah sendiri lembu yg hanyut dan keras begitu sahaja.Sangat sedih walaupun bukan lembu angah. :(
Kesimpulannya,jaga nyawa,jaga diri,jaga segalanya.Ingatlah yg tersayang. 
 Nantikan sambungannya... :(

Read more ...

Kampungku Banjir : Part 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akibat hujan yg terlampau lebat dan berlanjutan ,telah menyebabkan banjir di kawasan kampung angah.Kampung angah ni terletak di Merbau Pulas,Kulim,Kedah Darul Aman.
Pagi ahad,angah,mak dan abah angah bergegas pulang ke kampung.Kampung angah dekat je dengan rumah cuma rumah angah dekat kawasan taman perumahan.Hanya 15 minit perjalanan je.
Bila sampai je pagi tadi,ada orang bagitau jalan nak masuk kampung dah banjir.Ada tiga jalan,naseb baik ada satu jalan je yg masih elok.Tuptup,bila dah masuk..tgok2 kena tinggalkan kereta kt tepi jalan pastu,berjalan kaki ke rumah tok wan.
Air semakin naik,dan bila sampai je kat rumah tokwan,wow..cepatnya air naik.So apalagi angah pun tolong lah angkat kabinet + barang2 yg berterabur dan terapung.Rasa seronok pulak :D





So lepas ni angah update lagi.Banjir semakin naik!! BERDOA supaya banjir semakin surut.Aminn.
Time banjir2 ni memang macam2 yg akan jadi.So nantikan part kedua seterusnya. :(

*Sedih,tok wan angah akan dipindahkan ke pusat pemindahan?? :( Takpa2 nanti angah bawak dia pegi rumah angah.

Sekian. 
 

 
 
Read more ...

10 Fakta Pelik Mengenai Bayi Diraja Putera William Dan Kate Middleton



10 Fakta Pelik Mengenai Bayi Diraja Putera William Dan Kate Middleton | Antara fakta pelik mengenai bayi putera diraja

1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.

2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan ‘Kotak Bayi’ yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.

4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.

5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.

6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.

Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.

7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.

Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.

8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri – “Child of the Duke and Duchess of Cambridge“.

9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.

10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. “Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David,” katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: “Jikalau ia lelaki!”


*Amboi,hehe fakta pelik?? tak pelik sangat pun,biasa la tu..anak raja.
Read more ...

Musim Hujan : Sejuk



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekarang adalah musim hujan kan??Dekat kawasan rumah angah selalu sangat hujan.Sejuk je tiap2 hari hehe.So kat sini angah nak kongsikan DOA KETIKA HUJAN.InsyaAllah hujan yg turun tu adalah satu rahmat buat kita.

Kadang-kadang ada orang yg benci sangat2 dekat hujan..tapi kadang-kadang ada juga manusia yg suka dekat hujan.Entahlah.Bagi angah hujan tu adalah rahmat daripada Allah S.w.t. 

Read more ...

TENTANG DIRI SAYA





Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya angah agak keboringan sekarang ni.So saja angah nak bercerita serba ringkas tentang diri angah.
Angah merumur 18 tahun pada tahun 2013.Angah menetap di KULIM,KEDAH DARUL AMAN.Tapi sedang menyambung pelajaran di UITM SHAH ALAM.Angah start blogging dah lama dah,sejak tahun 2010 lagi,tapi time tu angah asyik stop je sebab nak exam  + takda kemudahan laptop.Tapi memang start 2010 ada blog.
 Apa lagi? Ha,angah start aktif betul2 blog ni sejak awal tahun 2013.Alhamdulillah setakat hari ini,inilah pencapaian angah.Dengan nak study lagi,sambil2 berblogging.
Itu saja kut tentang angah.Bagaimana dengan anda pula?? :) 

Read more ...