1 November 2013

Result Exam SEMESTER PERTAMA!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.Angah dah update bloglist.Angah juga dah umumkan pemenang pengomen tegar DJH untuk bulan Oktober.Selain tu,angah juga dah kembali dengan mood berblogging.Selain dah lulus test JPJ.
So sekarang nak cerita tentang result Semester Pertama.Result ni masuk dalam emel time tgh malam.Bila dapat je result tu,rasa macam tak percaya.Tapi rasanya berbaloi dengan apa yg angah dah lakukan sepanjang semester ini.
Alhamdulillah..angah selalu ada kat fakulti sampai ke malam.Prektis tiap2 hari.Kalau orang lain selalu keluar jalan2,angah dgn kawan angah duk prektis.Akhirnya dapat juga apa yg diharapkan.
Cuma ada beberapa subjek yg perlu diperkukuhkan lagi.InsyaAllah angah nak teruskan kejayaan untuk semester2 seterusnya.InsyaAllah.

*Bila time angah nak amik bidang muzik,ramai yg kata "Better tak payahla.." Dan sekarang angah nak buktikan bahawa angah boleh berjaya!!Muzik bukan satu bidang yg mudah!!!

Read more ...

Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH : 31.10.2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah mood angah untuk berblogging sudah kembali!!Jadi,sekarang adalah masanya untuk angah beritahu siapakah yg mengungguli carta pengomen tegar blog DJH bagi bulan OKTOBER!! Siapakah???


Wow blogger Invisible Me mendahului carta pada bulan ini!!!Hanya dengan perbezaan 3 sahaja.Manakala blogger Yumida dan Deno Terkeluar berbanding bulan lepas.


Untuk kalangan ini jugak menunjukkan perbezaan yg agak banyak!! Blogger rokot nuluhan semakin mendaki carta! Tahniah!!



Untuk kalangan ini pula, ada beberapa perbezaan dan perubahan yg boleh dilihat berbanding sebelum.Tahniah!!
Kepada mereka yg berjaya mendapat TOP10 ,nama anda beserta pautan ke blog anda akan berada di BLOG DJH untuk jangka masa sebulan!! Tahniah!!
Sekian
 KLIK UNTUK RANKING SEBELUM

Read more ...

Maharaja Lawak Mega 2013 Kekal Format Lama



"Kembali menemui peminat program lawak, Maharaja Lawak Mega 2013 masih mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan.
Masih mengekalkan Dato’ Ac Mizal sebagai pengacara utama, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan penyertaan daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ.
“Jadi mereka bebas untuk memilih sesiapa sahaja ahli kumpul kali ini untuk dan kami turut percaya setiap kumpulan punya kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri,” ujar Encik Khairul pendek.
Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000. Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’ " SUMBER

Pertandingan yg cukup hebat kembali lagi!!Dengan muka-muka baru.Tak sabar pulak nk tgok.Haha.Tapi semestinya bila time awal2 sure tak cukup kelakar lagi.Bila dah nak dekat habis,baru best.Apa yg epnting dengan berlawak dah boleh kaya-raya.Nampak tak?? Betapa rezeki tu ada di mana-mana.Hanya kita je yg nak kena pandai cari.

Sekian.
Read more ...

ASTRO RADIO "RAJA RADIO" MALAYSIA



"Tahniah buat Astro Radio  yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio No 1 Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu,  berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini.
Sementara itu, hasil kajian turut memperlihatkan Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai 3 stesen radio teratas dalam posisi radio di Malaysia termasuklah  ERA fm sebagai  radio No 1, THR (Raaga & Gegar) di No.2 dan SINAR fm di tangga ke 3. Kedua-dua stesen, ERA fm dan THR (Raaga & Gegar) di laporkan mempunyai  peningkatan pendengar  setiap minggu masing – masing dengan jumlah 4.7 juta dan 3.7 juta." Sumber

Tahniah diucapkan kepada mereka.Tak sia-sia.Bagi angah mana2 radio pun oke je.Cuma ikut la.Masing-masing ada pendengar sendiri.BTW angah pun tak selalu dengar sangat radio hehe :D Cuma setakat ni angah suka RADIO ERA.

Sekian
Read more ...

Sebab MOOD BLOGGING HILANG??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah mood berblogging dah kembali.

Nak tahu sebabnya kenapa??

  • Minggu ni angah agak sibuk sampailah hari khamis.Sebab apa? Sebab angah ada TEST JPJ untuk LESEN KENDERAAN.So sekarang alhamdulillah dah selesai segala-galanya.Sebab tu hari tu angah ada post something pasal ni.
  • Satu lagi pasal FEEDBURNER!!! Angah dah buat macam yg orang lain buat.Ada tutorialnya dalam blog Kak Mia,angah dah ikut semuanya.Tapi masalahnya sampai sekarang,bila angah update je satu entry,berjam2 lepas tu baru muncul dekat bloglist.Kenapa jadi macam tu??Ada yg kata,"Biasalah macam tu." Tapi kalau dah tiap2 hari macam tu?? Macam mana?? Bila start masalah macam ni,PV semakin menurun!!
Angah dah fed up dah.Rasa macam perlu tukar dan buat macam biasa balik.Tak perlu guna FEEDBURNER dah.Tapi hari tu angah dah tanya Kak Mia dah.Tapi solusinya tak menjadi.Angah rasa macam something jadi dgn blog ni.Adakah perlu ditutup terus??
Komen anda???

Read more ...