2 November 2013

SABAH #VMY2014


Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu". Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.


PORING HOT SPRING
Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota
Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.
Harga Tiket:
TAMAN  KINABALU
          BUTIR-BUTIR
          DEWASA(RM)
     KANAK-KANAK(RM)
Pelancong Tempatan
            3.00
              1.00
Pelancong Asing
           15.00
            10.00
 

                    

PULAU SIPADAN
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.
Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai,  batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.
Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.
Pengangkutan
Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat.
Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30  minit.


*Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik,apa yg angah tunjuk kt sini hanyalah secebis daripada keindahan SABAH.Jadi apa lagi yg anda tunggu??Jom melawat NEGARA SENDIRI!! :D


Read more ...

KUASA PENGGUNA FB




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampak tak gambar kat atas ni?Angah menggunakan aplikasi yg semakin mendapat perhatian pengguna FB.Aplikasi ini diberi nama BITSTRIPS.
Anada dah gunakan aplikasi ini?Kita boleh mencipta kita punya karakter sendiri dan YG PALING BEST kita boleh buat scene sendiri.Contohnya macam kat atas tu.Hehe.Apa-apapun tak salah menggunakan aplikasi di FB.
Yg penting kita pandai jaga diri dan tak gunakan FB secara negatif.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Saya Nak Tutup Blog!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan daripada mood berblogging yg hilang tempoh hari.ANGAH telah pun mengatakan bahawa angah nak tutup blog.Tapi bila angah sedar balik,bukan mudah nak naikkan blog ke tahap sekarang ni.Bukan senang nak cipta blog yg angah kira agak baik ni.
Terima kasih kepada semua yg tak putus-putus menyokong blog DJH ni.Kadang-kadang datang juga perasaan untuk berhenti berblogging,tapi bila ingat balik apa tujuannya,angah jadi semangat balik.Biarlah apa yg orang nak kata dengan blog ni,asalkan angah tahu apa yg angah buat.
Masih lagi angah ingat ketika blog angah dikutuk oleh beberapa orang,tapi angah langsung tak terjejas dengan kutukan itu,malahan angah lagi bersemangat nak berblogging ni. Betul apa yg selalu diperkatakan orang bahawa 'USAHA TANGGA KEJAYAAN.'.Meskipun tak banyak lagi kejayaan yg angah dpt daripada blog,insyaAllah selagi berusaha mesti boleh.
Mungkin akan ada orang yg beranggapan,"Apalah sangat blog tu??Boleh kaya ke?" Bagi angah komen2 sebegitu hanya untuk orang yg benar2 BODOH.Sebab tak tahu perkembangan semasa.Zaman dah maju.Dunia dah berkembang,jadi fikiran dan akal juga perlu berkembang.
Kembali kepada topik asal,InsyaAllah angah tak tutup blog ni.Kenapa nak tutup kan??Terima kasih anda semua.Terima kasih. 
 
 

Read more ...

Happy Deepavali #2013





Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Angah nak ucapkan selamat hari DEEPAVALI kepada semua penganut agama hindu di Malaysia dan juga serata dunia.
Malam semalam meriah taman perumahan kawasan rumah angah dengan bunyi mercun.Rasa macam nak join sekali pulak.Tapi jauh la.Dengar bunyi macam dekat.Hehe.Jiran angah selang beberapa buah rumah adalah kaum India.Tapi satu family je.Kaum india yg seterusnya di kawasan kejiranan rumah angah ada kt tempat jauh lagi.
Kalau dulu time raya Aidilfitri,keluarga angah ada beri ketupat + kuih raya dekat keluarga auntie tu,hari ni dia pulak bagi kuih-muih dekat keluarga angah.Hehe.Semangat perayaan dan semangat kekitaan tanpa mengikut kaum.
Akhir kata,selamat hari Deepavali. 
Read more ...

Super Spontan : Jep Menang RM100,000 & Nissan Sylphy


"Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin membawa pulang RM100,000, sebuah kereta Nissan Sylphy dan sebuah trofi Super Spontan 2013.
Tempat kedua menjadi milik Johan yang telah meraih wang tunai sebanyak RM50,000 dan tempat ketiga pula kepunyaan Nabil yang memperolehi wang tunai sebanyak RM25,000. Johan dan Nabil masing-masing turut membawa pulang sebuah trofi Super Spontan 2013.
Sementara itu tempat keempat diduduki Yus, tempat kelima pula Rahim dan Tempat keenam pula ialah Tauke dan masing-masing mendapat RM5,000." Sumber

Tahniah kepada JEP kerana menang semalam!!Peminat dia memang ramai!Tahniah juga dekat peserta2 yg lain.Wow,senang-senang je dapat duit.Hehe.Semalamangah tgok dari rumah je,kononnya nak pi SG Petani tpi tgok tiket dah habis.Takpa la.Dari rumah pon macam best je. 
Read more ...