8 November 2013

Segmen Blogwalking November 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak join Segmen,sebab dah lama tak join segmen.Jom join ramai2..Blogwalking..Tekan banner oke!! :D


Read more ...

Anniversary Giveaway by Anadiera




Syarat Untuk Peserta daripada Anadiera :









  1. Buat entry yang bertajuk 'Anniversary Giveaway by Anadiera'


  2. Copy URL dibawah dan paste ruangan HTML di blog korang


  3. Follow blog Anadiera dan like Fanpage anadiera di sidebar :)


  4. Pastikan anda mengikut kesemua syarat samada daripada hanna / sponsor . jika tidak penyertaan anda dibatalkan !



  5. Pengumuman Untuk Peserta Giveaway :





    1. Tarikh tutup giveaway pada 10 November 2013


    2. Pemilihan pemenang berdasarkan Jumlah TAG paling banyak dan TOP REFFERAL .Selebihnya menggunakan random.org


    3. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 12/13 November :)


    4. Read more ...

      Sinopsis Playboy Itu Suami Aku



       


      “Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

      Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

      Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

      Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

      Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

      Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

      Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

      Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

      Assalamualaikum dan salam sejahtera.
      Drama adaptasi novel sekali lagi,PLAYBOY ITU SUAMI AKU.Macam mana pendapat korang??Bagi angah,sekarang ni kalau nak kaya,reka lah novel.Bila dah lama sikit,orang akan amik novel korang pastu buat drama or filem.Kan senang je jadik kaya?? :D hehe 
      Read more ...

      Malaysia Negara Ke-3 Paling Aktif Gay/Lesbian Di Asia



      "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.
      Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.
      Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.
      “Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.
      “Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.
      Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.
      Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.
      Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.
      Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.
      “Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.
      “Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.
      Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.
      “Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.
      Menurutnya, Jakim tidak pernah memandang hina golongan ini sebaliknya menganggap gay Melayu pesakit yang perlu rawatan.
      “Saya difahamkan ramai bersetuju mengikuti program pemulihan bakal dikendalikan Jakim tidak lama lagi. Ia dianggap satu langkah awal positif,” katanya.
      Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata gejala warisan kaum Nabi Lut itu kian serius dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan yang semakin canggih.
      Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.
      “Mungkin ramai pihak tidak menyedari bahaya kebangkitan golongan dilaknat ini namun ia sedang merebak dan boleh merosakkan generasi muda Islam,” katanya.
      Menurutnya, tindakan drastik perlu dilakukan bagi memerangi golongan ini termasuk golongan lesbian dan mak nyah yang menggambarkan kelemahan umat Islam negara ini."

      *Macam mana nak membendung masalah ni?Siapa yg bersalah dalam hal ini?Siapa yg patut dipertanggungjawabkan??Siapa yg mahu mempertahankannya??Siapa yg nak mempersoalkannya??Siapa yg berani??Berikan pandangan anda.
      Read more ...

      Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH : 8.11.2013


      Assalamualaikum dan salam sejahtera.
      Hari ni angah nak update Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH.Nampaknya banyak perubahan yg berlaku!!Ada beberapa blogger yg meningkat naik..dan ada blogger yg menjunam..jadi sama2 kita tgok. 
      Untuk TOP 10,blogger Invisible Me masih mengungguli carta..manakala blogger Asha Lya juga naik..manakala blogger Kathy jatuh ke bawah.Blogger yg terkeluar daripada kalangan ini ialah blogger Kisah Si Dairy,adrianna syaz.Manakala blogger yg baru naik ke kalangan ini ialah blogger rokot nuluhon dan juga Nurfaezah Abdullah.
      Bagi kalangan ini pula,memperlihatkan peningkatan dan penurunan beberapa blogger.Ada yg naik dan ada yg meningkat mendadak.
      Ada perubahan yg agak besar di sini jika nak dibandingkan dengan ranking lalu.Ada blogger baru dan ada blogger terkeluar.

      • Blogger yg terkeluar ialah : Norhasniza Khalid,zulhilmi tempoyak,Huny eida,Liza Licha,Deno.
      • Blogger yg baru masuk carta ialah :  Aswan Azmy,Adam Faiz,Siti Aisyah,Eraz Fadli,Che Rosliza Che Mat.
      Thanks kepada semua yg menyokong angah :D Tak putus2.Terima Kasih daun Keladi. 

      Read more ...