9 November 2013

SBP : Anak Emas Kerajaan??!!



Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (1973)2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)3. Sekolah Menengah Sains Selangor (1973)4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (1973)5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (1973)6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1973)7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1973)8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (1974)9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (1974)10. Sekolah Menengah Sains Johor (1975)
Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal.

Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 60 buah sekolah. 

Read more ...

Typical Malaysian : Sampah




Sampah
Siapa yg bersalah??Siapa yg melakukan??Siapa yg pernah melakukannya??Siapa yg buat2 tak tahu??Hurm..pandangan anda?? 

Read more ...

Cameron Highlands #VMY2014



Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.
Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.
Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.
Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.
Gunung Brinchang
Gunung Brinchang 
Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.

 Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu  Ringlet 
Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet  
Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.
Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja 
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini  membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.

 Butterfly Farm 
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.
Jungle Walks
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang 
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu.

 Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja 
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.
Ye Olde Smoke House
Ye Olde Smoke House  
Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi  perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik 
 Menarikkan kawasan dan tempat2 di Cameron Highland?? Memang best.Siapa yg belum pergi??Boleh angkat tangan tak??Hehe,jom2 melawat ke Cameron Highlands.Tempat menarik yg berada di Malaysia!! :D
Read more ...