13 November 2013

Zaman Dulu Kala...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingatkah lagi??Hehe,inilah rupa blog angah ketika itu.Cantik kan??Hehe.Merapu je angah tengok blog angah time dulu-dulu.Dengan widget berterabur.Header pun masih belum ada.
Pastu baru angah sedar header adalah penting.Hehe,sebenarnya tak la dulu sangat.Kalau korag perasan,ada tarikh kat entry itu. 14 JANUARI 2013.Kiranya macam awal tahun ni la! :D Kalau tengok betul2 Follower dekat gambar atas adalah 549..manakala gambar yg dibawahnya pula adalah 572.So sudah semestinya ada peningkatan disitu.Follower semasa sekarang pula adalah 1806.Alhamdulillah.
Masa tu pon follower masih ciput.Pastu letak kat atas tu pulak!!Dah tentu-tentunya loading lembab time tu.Hehe.Masa tu pon rasanya lebih kepada syok sendiri.Dan alhamdulillah sekarang rasanya lebih better.Terima kasih kepada semua yang menyokong DJH.
Macam tu juga dalam kehidupan,kita hendaklah lebih baik daripada semalam.Betul tak? 
Read more ...

AF2013: Tebus Kekalahan, Azhael Kembali Berentap Di Pentas Akhir!


"Kegembiraan jelas terpanncar pada wajah pasangan duo, Azhael apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta terpilih untuk kembali berentap di pentas AF2013.

Penyingkiran Azhael di konsert separuh akhir yang berlangsung pada Ahad lalu telah mencetuskan fenomena sehingga menjadi ‘trending’ di twitter.
Pasangan duo yang berusia 25 tahun itu tersingkir selepas mendapat undian terendah sebanyak 15.83%.
Kini, Azhael kembali bangkit apabila mereka berjaya ke peringkat akhir AF2013 dan mungkin inilah hadiah yang diberikan oleh  ‘Team Azhael’ kepada mereka.
Pengumuman serapan kembali Azhael yang dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi telah diumumkan oleh Inspirer mereka yang juga merupakan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza, melalui program MeleTOP yang bersiaran secara langsung malam tadi." sumber
Pendapat angah :  
Akademi Fantasia 2013,sekali lagi menjadi hangat.Tapi apa yang penting,angah memang tak ikut sangat perjalanan AF kali ni.Cuma bila nak akhir tengok la skit.Tup tup da nak habis.Hehe.Takpa2.Kepada peminat2 Azhael.Undi jangan tak undi! 
Read more ...

Wordless Wednesday 12 : Loading Blog




 Size 134.2KB : Load Time : 0.63 seconds : Average Speed per KB : 0 seconds

Bagus atau tak?
Read more ...

Kuala Lumpur #VMY2014




Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.
Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).


KLCC


Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, Galeri Petronas, Petrosains dan Aquaria.

Menara PETRONAS berdiri setinggi 452 meter. Diantara kedua menara tersebut, dibangun sebuah jembatan (Skybridge atau Jejantas Udara) yang menghubungkan kedua menara pada lantai 41 dan 42. Jembatan ini adalah tujuan kunjungan pelancong yang datang ke Menara PETRONAS dengan jumlah tiket yang terbatas.

Suria KLCC  merupakan salah satu pusat belibelah yang paling sibuk di menara berkenaan. Begitu juga terdapat Taman KLCC yang menyediakan trek joging, kolam untuk kanak-kanak sambil bersantai, air pancur simfonik dan Orkestra Filharmonik PETRONAS.

DATARAN MERDEKA


Dataran Merdeka ini diambil nama sempena pada hari yang bersejarah untuk rakyat Malaysia pada 30 Ogos 1957 tengah malam. Bendera Malaya telah dinaikkan buat pertama kalinya. Ianya seluas 8.2 hektar dan terletak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sejak dari itu semua acara kemerdekaan di sambut di sini.
Sebelum ini ianya dikenali dengan nama Padang Kelab Selangor dimana Bangunan Kelab itu terletak di gambar nombor 2 berhampiran dengannya juga terletaknya Gereja St. Mary. Disini juga terletak tiang bendera yang setinggi 100m bagi mengingati peristiwa bersejarah itu.
MENARA KL
 

Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian 421 meter iaitu keempat tertinggi di dunia bagi menara telekomunikasi  sebagai mercutanda bagi Negara ini,  terletak di Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee.   Satu tempat yang paling menarik dan istimewa untuk dilawati.  Tempat-tempat yang menarik terdapat di menara berkenaan ialah : 
         Observation Deck
         Seri Angkasa Revolving Restaurant
         Mega View Banquet Deck
         Shopping
         Tower Terrace
PASAR SENI

 

Pasar Seni yang dikenali selalunya sebagai Central Market  atau lebih mudah di panggil CM, ianya merupakan destinasi paling popular di Kuala Lumpur dimana pengungjung dapat mencari kraftangan dari seluruh Malaysia. Boleh dianggap juga sebagai pusat kraftangan Malaysia begitu popular kerana terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur. 

Bangunan 2 tingkat ini terdiri kedai dan gerai kraftangan, restoran dan juga sebuah pasaraya yang baru dibuka. Ianya terletak di Jalan Benteng dan Jalan Hang Kasturi berdekatan dengan Plaza Kotaraya. Jika menaiki LRT Putra ianya bersebelahan dengan stesen Pasar Seni.
ZOO NEGARA

 
Zoo Negara adalah terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan  tahun 1963 ditadbir oleh sebuah badan bukan Kerajaan iaitu Malaysia Zoological Society. Terdapat sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.  Zoo Negara ini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
 Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat menarik yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur.Macam mana anda nak tahu?Try search lagi!Angah hanya memberikan serba-sedikit tentang Kuala Lumpur.
Kadang-kadang,ada juga rakyat Malaysia sendiri yang tidak pernah ke ibu negara sendiri.Jadi jom ambil peluang ini untuk melancong dalam negara sendiri! 
Read more ...

Roti Canai...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar??Angah alhamdulillah..masih lagi menghitung hari untuk ke Shah Alam.Buat apa ke sana??Macam biasa la,sambung study,sekarang kan angah tgh cuti semester.
Apa-apapun,apa sarapan anda hari ini?Roti Canai??Eh..eh..sama la pulak..hehe..Angah suka kalau kuah yg banjir...taruk kat atas wow...memang sedap.Kadang-kadang tak letak kuah..cuma letak susu lebih kat atas tu.Hehe,tukar selera baru umphh!!
Tapi apa yg angah nak tegaskan kat sini,tak boleh selalu makan roti canai.Cukup la kalau 2 atau tiga kali seminggu.Sebab apa?Entahlah..hehe cuba try makan makanan yg macam berkhasiat lagi.
Tapi ini adalah satu lagi keunikan makanan Malaysia selain Nasi Lemak.  Hehe,menu sarapan majoriti rakyat Malaysia!
Sekian 
Jom join GA ANGAH yg terbaru!!
Read more ...