14 November 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Read more ...

Hadiah daripada REDDELIMA




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Macam yg angah dah cakapkan dalam entry sebelum ini,yup!Angah dapat hadiah daripada RedDelima.Alhamdulillah rezeki bulan ini.Macam mana boleh dapat hadiah?
Siang tadi sedang berehat bersama keluarga,tetiba datang posmen menghantarkan barang atau sesuatu.Aikk??Apa pulak tu?Ke salah hantar??Bila tengok betul2 ohhh..hadiah untuk angah.Pastu terpaksalah angah ingat balik,GA mana yg angah dah menang??
Rupanya GA daripada NABILABIELA+ REDDELIMA. Angah menang T Shirt kali ini.Alhamdulillah.cantik t shirtnya.Terima Kasih banyak2 ye :D Hehe,excited satu family nak tgok baju tu.
So,gambar kat atas tu adalah bajunya!Kaler biru cantik dan best.Terima Kasih sekali lagi.Harapnya lepas ni boleh beri lagi??HEHE..
Sekian.
Read more ...

Just The Way You Are...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ni angah didatangi hadiah daripada someone.Alhamdulillah hasil berblogging.Nanti angah ceritakan dalam satu entry yg lengkap.Siapa kata sia-sia bila berblogging??
Alhamdulillah setakat ni sudah banyak yang angah dapat daripada hasil berblogging.Alhamdulillah..syukur...dengan nikmat pemberian Allah S.W.T.Nantikan entry tentang hadiah tersebut 
Nasihat : Jadi diri sendiri tanpa perlu mengikut kata orang lain.Percaya dan yakin dengan ketentuan yg telah diberikanNYA. 
Read more ...

Result UPSR saya!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hehe..gempak kan tajuk entry??Macam amik UPSR pulak padahal angah amik UPSR tahun 2007 yg lalu.Haha.Saja nak share pengalaman dengan anda semua.
Result UPSR angah dikeluarkan time 2007 sebab tahun tu angah baru amik.Bila time nak amik result tu sangat scary.Biasalah first time exam besar.Pagi tu punyalah angah rasa gementar..siap pusing satu sekolah tunggu cikgu nak umum
Bila time dapat keputusan tu,yeah sekali lagi rasa gementar yg teramat sangat.Sebab apa??Sebab menunggu nama kita diumumkan.Cara kat sekolah angah,cikgu akan berikan coklat mengikut bilangan A yang kita dapat.
Dan bila turn angah,alhamdulillah angah dapat 5 coklat,bermakna angah dapat 5A..yangd atang sekolah time tu hanya ayah angah sorang je.Lepas dapat keputusan tu,terus angah peluk ayah angah.Alhamdulillah angah dah berjaya.
Bila balik rumah,angah peluk mak angah pulak.Malam tu terus pergi raikan dengan makan besar dekat kedai makan.Hahha..Itu jelah ceritanya.Selepas tu angah dapat masuk sekolah berasrama penuh..dan result PMR/SPM dan sekarang angah berada di UITM SHAH ALAM. 
So setakat tu je la cerita angah,bagaimana dengan korang pulak?? :D 
Read more ...

Muzik sama dengan Melalaikan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah nak kongsikan kali ini adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri angah sendiri.
Masih angah ingat,ketika angah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Muzik.Angah ada membuat entry di blog.Ada juga angah bertanya pendapat orang ramai.Sebab bukan apa.Masa depan adalah penting.Penting untuk kita berfikir pada masa sekarang untuk apa yg terjadi pada masa akan datang.
Betapa angah dihina pada awalnya.Daripada pelbagai pihak. Contohnya macam dalam satu entry ini.Ada beberapa blogger ygmemberikan pendapat yg berbeza.Angah bukan nak salahkan mereka.Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
 
Cuma angah sedikit terasa terkilan bila ada yang sanggup mengatakan bahawa bidang yg angah sedang mempelajari ini sebagai salah satu bidang yang melalaikan. Secara jujurnya bukanlah melalaikan,bidang-bidang yang lain juga boleh menjadi melalaikan.
Memang pilihan ini angah yang buat sendiri,sebab apa?Angah dah fikir secara keseluruhannya.Siap sudah solat isthikarah lagi.Dan apa yang angah dapat adalah bidang yg angah sedang ceburi sekarang.
Memang bila masuk dalam cabang ini,bermakna macam-macam cabaran yg akan datang.Bukan bidang Muzik sahaja tetapi semua bidang turut mempunyai cabaran.Cuma ia mengikut individu itu sendiri.InsyaAllah selagi kita pandai jaga diri dan ikut segala apa yang dah ditetapkan Allah S.W.T,rasanya takkan melalaikan. 
 
Angah dah penat melayan tohmahan masyarakat Malaysia yang masih lagi seperti katak bawah tempurung.Bila sebut MUZIK sama dengan melalaikan.Tak semestinya muzik boleh melalaikan.Semestinya masyarakat terikut dengan gaya dan sikap artis sekarang.Mungkin tiada sesiapa yg ingin menegakkan bidang Muzik sebagai bidang yg bagus??InsyaAllah angah akan membuktikan bahawa dengan Muzik seseorang itu jga boleh berjaya. 
Sememangnya selagi kita menjaga hubungan dengan Allah,selagi itu kita tidak lalai.Lalai boleh terjadi kepada semua perkara dan aktiviti sekiranya tidak melakukan apa yg telah ditetapkan.Ingatlah wahai rakan..jangan menghukum selagi belum menyiasat.
 
 
Read more ...