17 November 2013

Juara Akademi Fantasia 2013 | Faizul


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah nak berkongsi dengan anda,pemenang2 bagi Akademi Fantasia 2013!!Tahniah!!Anda memang the best!! :D Harapannya supaya dapat memeriahkan lagi industri hiburan negara!!
Tempat Pertama : Faizul

Tempat Kedua : Azhael

Tempat Ketiga : Amira

Tempat Keempat : Indah

Tempat Kelima : Nabila

Tempat Keenam : Aisyah

AF Buzz : Azhael 
Juara akan menerima wang tunai berjumlah RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,00 dan trofi, naib juara pula akan menerima wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi, manakala tempat ketiga, keempat dan kelima akan menerima wang tunai berserta trofi. 
Tahniah diucapkan kepada Juara Akademi Fantasia 2013!!Alhamdulillah akhirnya berakhir sudah Akademi Fantasia.:)

Read more ...

Bandar raya Melaka #VMY2014


Bandar raya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008. 
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), Valparaiso,Republik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).


Porta De Santiago

 
Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil alih pada 1641, mereka memulihara dan mengembangkan pengubuan tersebut. Di atas pintu gerbang, kita dapat melihat lambang VOC( Syarikat Hindia Timur Belanda) dan “1670” yang ditambah oleh orang Belanda pada tahun tersebut.


Istana Kesultanan Melaka

 
Sebuah replika Istana lama Kesultanan Melaka, muzium ini menggambarkan kisah menarik campuran unik pelbagai budaya di Melaka. Ia mempamerkan kebudayaan dan tamadun Melayu sejak abad ke-15. Terletak di kaki Bukit St. Paul, ia adalah satu-satunya Istana Melayu dari zaman kegemilangan Kesultanan Melaka yang dibina dengan ketelitian dan kehalusan yang sebegini.
Kompleks Stadhuys

 

Stadhuys merupakan peninggalan bersejarah yang tersergam dari era Belanda di Melaka, iaitu dewan Bandar dan kediaman gabenor yang besar dan merah yang dibina sekitar 1641 hingga 1660 dan dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur. Ia mempamerkan ciri-ciri lazim seni bina penjajah Belanda. Bangunan ini merangkumi:
-    Muzium Sejarah dan Etnografi
-    Galeri Laksamana Cheng Ho
-    Muzium Kesusasteraan
-    Muzium Peraturan Demokrasi
-    Muzium Gabenor
Menara Taming Sari

 
Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.

Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan

Bersebelahan dengan Porta De Santiago ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dibuat oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan. Bangunan memorial ini menempatkan bahan pameran yang tidak ternilai tentang perjuangan kemerdekaan negara ini. Bahan pameran adalah dalam bentuk relik, manuskrip, pita video, filem dan slaid.
 Menaiki Beca


Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di bangunan  Stadthuys
 Melaka River Cruise (Kembara Sungai Melaka)



Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.

 Sumber Sumber
Apa pendapat anda tentang Bandaraya Melaka.Dah pergi??Macam mana best tak??Jom promosikan negara sendiri.Rasanya masih ramai rakyat Malaysia yg masih belum ke sini.
Anda ada lokasi menarik untuk dipromosikan #VMY2014??Komen disini!! 
Read more ...

Tutorial Daftar Komli Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih ingat tentang entry ini?Okey,kali ini kita sambung tutorialnya.Anda dah mendapat email dari pihak Komli??
Pihak Komli akan memberi email dalam jangka masa beberapa hari/minggu.Pihak Komli akan memberi email meminta anda untuk mengisi 'something'.
Okey.Ada dua cara nak isi 'Something' itu.
Pertama :
Fax kat diorang form yang diorang bagi attachment kat email tu tu. Kena print attachemnt and fax.Kalau anda tiada Fax,tak apa,ikut cara kedua.
Kedua :
Emailkan 'Something' yang anda dah isi itu.Macam mana nak isi?Tekan Forward,dan kemudian isi lah 'Something' tu.
 Versi Pertama
Untuk versi pertama,anda boleh faks attachment yg telah diprint.Macam susah je kan?? :D 
Versi Kedua
Balas emel seperti yg angah balas.Klik gambar utk lebih besar.

Yang Ad Unit tu angah pilih kesemuanya.Kalau anda nak 1 atau 3 pun boleh.Harapnya anda faham dengan tutorial kali ini.

 Ada yang anda tak faham??Kalau tak faham jugak boleh PM angah di Fanpage atau di facebook angah sendiri.
Sekian. 
Read more ...

Tutorial Daftar Komli Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memandangkan angah sudah menggunakan iklan Komli dan anda boleh tengok sendiri,iklan tu berlegar di sekitar blog angah.Jadi angah nak buat tutorial tentang cara daftar Komli,sebab ramai yg tanya macam mana nak daftar.

Pertama :
Klik link di bawah ini.

Kedua :
Isi borang yang terpapar itu seperti yang berikut : 


Yang bertanda * bermakna wajib isi.Jadi anda perlulah isi dengan sewajibnya.Hehe.Contohnya macam dekat Faks tu.Angah takde Faks,tapi angah letak je number fon .
Dah isi dah borang selengkapnya?Try check sekali lagi.Okey Done.
Ketiga : 
Tekan Submit.Tunggu Email dari pihak Komli.Anda perlu rajin check email.Insya Allah pihak mereka akan membalas dengan secepat mungkin. 
Nantikan Tutorial Part 2 :D

*Kalau ada apa-apa masalah,boleh komen atau PM angah :D

Read more ...

Review Blog 100 DJH Group 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini angah nak review blog yg telah memenangi segmen ini.Tahniah korang! 


Blog pertama ini pada pendapat angah adalah menarik.Ada banyak entry menarik seperti Pengawal Keselamatan Ambank Ditangkap dan lain-lain.Selain itu widget yg tak begitu banyak memudahkan kerja angah untuk blogwalking.Rasanya pemilik blog ni sememangnya peminat JEP SEPAHTU yg tegar.Hehe.Tahniah,blog yg best dan menarik.Teruskan berblogging :D



Akhirnya dapat review blog yg ohsem lagi best!!Hehe.Pageview blog ini sudah semakin menghampiri angka sejuta!!Tahniah!!Selalu mengupdatekan entry tentang hot seperti Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2013.Banyak jugak entry yg best.Apa yg angah boleh katakan adalah teruskan prestasi anda!Terbaik!!Hehe.Angah pun masih lagi dibawah.


Blog yg nampak menarik ini sememangnya menarik.Kenapa angah kata macam tu?Sebab tgok tajuk di header pun sudah tahu.Cupcakes.Siapa yg tak suka cupcakes kan??Hehe.Selain itu,blogger yg berasal dari Tawau,Sabah ini baru sahaja berumur 21 tahun.Lagi tua daripada angah :D Walau apa pun,ada sesuatu yg menarik di blog ini.Teruskan berblogging!!:)


Yahoo! Dapat juga angah review blog hebat ni.Kenapa angah kata blog ni hebat??Kenapa??Sebab angah selalu tengok perkembangan blog ini.Ranking Alexa yg sangat hebat.Wow,mesti berbangga kan??Blogger ini juga sering bercerita mengenai anaknya yg baru sahaja lahir.Comel!!Namanya Zara.Macam-macam lagi entry menarik yg diterbitkan oleh blogger otai lagi famous ini.Apa-apapun tahniah!! :D


Blog yg best dan menarik.Pendapat angah,cuma background tu kalau boleh ditukar kepada sesuatu yg menarik mungkin lebih cantik blognya.Yg lain rasanya sudah mantap dan best.Angah suka dengan header,cantik gambar tu! :D Blog yg kemas dan menarik.Seorang blogger yg berasal dari Johor *kalau tak silap.Jadi ada sesiapa orang johor??Jom berkenalan dengan blogger ini.:)

Alhamdulillah,done review 5 pemenang terawal SEGMEN REVIEW 100 BLOG DJH.Nantikan review seterusnya!! :D 


Read more ...