30 November 2013

F You : Baju Sekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gambar yang angah dapat daripada Himpunan Cerita Lawak ,bagaimana perasaan anda? Bukankah itu baju sekolah??Perkataan apa yang tertulis pada bajunya itu?Apakah semua ini??

Apakata korang bagi pendapat korang di komen :D 
Read more ...

Makan Tengah Hari : KFC



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah makanan tengah hari angah.Sangat sedap sebenarnya.Ternyata makan ketika hujan dengan ayam yang baru sahaja dimasak sememangnya sangat lazat.
Kalau dirumah,sudah tentunya angah tak dapat makan tengah hari dengan KFC.Tapi bila dah tinggal di Kolej,memang boleh lah.Berdikari lah katakan.
Sekian. 
 

Read more ...

Cinta Islamik : Zina Hati??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harapnya sihat sejahtera.Rasanya macam nak membebel sedikit,tapi tak lah teruk macam perempuan yang membebel.hehe

Angah cuma nak cakap yang adakah silaturrahim seorang lelaki dan seorang perempuan itu wujud?Dalam konteks ini,silaturahhim yang kononnya,bertepuk sesama sendiri,cuit menyuit,jalan bersama-sama.Adakah ini dipanggil silaturrahim atau angah rasa MAKSIAT??
Manusia sekarang dah menghalalkan segalanya.Contohnya bercinta.Kononnya bercinta islamik adalah dibolehkan.Bukankah bila bercinta islamik,zina hati juga akan berlaku??Zina,bukankah itu sesuatu yang teruk??
 
Bukan nak kata yang perempuan ini teruk,tapi perempuan lemah,senang digoda oleh syaitan.Tapi tak semestinya lelaki tidak digoda.Semuanya bergantung kepada masing-masing.Jadi,jangan salahkan orang lain jika sesuatu terjadi.
Angah tak faham la,masih ada yang mahu menggoda angah supaya sama-sama terjerat dalam maksiat yang kononnya islamik.Kononnya tak berdosa langsung walhal zina mata/zina hati /zina segalanya sudah pasti akan berlaku. 
Jangan ingat yang angah ni seperti mereka yang lain.Angah benci berkapel dari zaman sekolah lagi.Sebab angah tengok banyak yang teruk daripada yang baik.Angah bukan nak melarang asalkan kaple itu membawa ke jinjang pelamin,itu sudah bagus.

:: Angah minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry kali ini,bukannya ditujukan untuk anda,tapi untuk semua umat Islam,kerana angah sayangkan agama :) 
Read more ...

MLM 2013 : Tema Cinta Tidak Bawa Tuah Buat Kumpulan Kucai Dan Osama


"Di luar jangkaan! Tema cinta pada minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kali ini nampaknya tidak memberi tuah kepada dua kumpulan iaitu Kucai dan Osama apabila mereka diumumkan sebagai dua kumpulan yang tersingkir minggu ketiga gelanggang MLM 2013.
Kegagalan menarik perhatian juri serta gagal mempersembahkan jenaka dalam tema percintaan dengan baik telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini terpaksa menerima hakikat yang perjuangan mereka di MLM 2013 telah pun tamat.
Kucai yang dianggotai oleh Mamat, Munir dan Arin manakala Osama pula menampilkan dua pelawak veteran iaitu Isma Alif dan bekas pemenang MLM musim pertama , Os. Mereka tersingkir selepas mendapat markah terendah dari juri dan SMS undian dari penonton.
Keputusan penyingkiran mereka diumumkan oleh juri tetap MLM 2013 iaitu Nora Danish dan Sheikh Haikel. Selain mereka berdua, turut berada di kerusi juri tetap ialah Datuk Yusof Haslam. Seorang lagi juri tetap, Luna Maya dari Indonesia tidak dapat hadir pada malam tadi.
Dengan penyingkiran Kucai dan Osama, tinggal 12 lagi peserta untuk terus bersaing dalam MLM 2013 pada minggu hadapan."Sumber

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Macam mana pendapat anda?Maharaja Lawak Mega 2013 semakin sengit.Itu sahaja yang boleh angah katakan :D
Sekian. 
Read more ...