2 Disember 2013

Edit Sendiri Blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah nak story sikit macam mana angah ubah/edit blog angah.Ya,rasanya dah lama angah nak buat entry ini.Tapi rasa macam tak sempat je.Hehe
Selalunya angah lebih suka buat atau edit blog sendiri daripada menyuruh orang yang mengedit melainkan terdapat masalah yang besar dalam blog.
Secara jujurnya angah katakan,angah mengambil inspirasi daripada blog kak Mialiana dalam mengedit blog.Dengan adanya auto read more,dan juga yang lain-lain.Angah rasa auto read more tu sangat menarik.Sebab bila kita bukak blog kita,akan nampak bukan satu entry tapi 3 atau 4 entry sekaligus tanpa perlu scroll banyak ke bawah.
Angah pun mencuba untuk mengurangkan kepanjangan blog dengan membuat scroll box untuk widget2 di sebelah kanan.Bukannya apa,bila terlampau meleret,blog ini sudah tidak menjadi simple lagi.Angah mahukan blog yang simple tapi menarik.
Selain itu,header blog ini angah yang create sendiri.Angah cari gambar kartun tu sendiri,kemudian angah buat la menggunakan photoscape.Bila kita buat sendiri baru rasa puas hati.Kan??
 Ada juga angah mencari tutorial daripada blog-blog lain seperti blog Lysa Faizureen  dan blog2 tutorial lain.
Kesimpulannya,tanpa anda semua,blog ini takkan mampu berdiri seperti sekarang.Meskipun masih belum sehebat mana.Insya Allah :D Di masa hadapan akan berjaya jua.Aminn 
Read more ...

Saya Nak Kahwin Dah!!??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampak sweet je kan gambar ni?Hehe sebenarnya bukan angah yang lukis,credit kepada Google Image.Terima Kasih.
Bila tengok gambar ni,angah rasa macam nak kahwin cepat.Bukan sebab yang merepek-repek.Cuma angah rasa bahagia bila dah kahwin walaupun sekarang takda calonnya lagi.Hehe.
 

Mendirikan masjid sebagaimana yang dituntut adalah amat digalakkan untuk mencegah zina dan maksiat. Angah teringin nak rasa bagaimana seperti apa yang ibu bapa angah rasa.Sekali lagi angah tegaskan niat ini bukannya seperti yang anda sangkakan.Angah suka bila tengok pasangan yang sudah berkahwin,membawa anak yang kecil/bayi berjalan-jalan di kawasan rekreasi.Sungguh romantik.
 
Bila dah kahwin,segala-galanya boleh dibuat.Haha,tapi bila angah fikir lebih panjang lagi,baru angah faham.Bila berkahwin ini,pelbagai tanggungjawab yang dipikul oleh kedua-dua insan.Baik yang isteri ataupun yang suami. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang teramat besar.
 Jadi rasanya angah akan tinggalkan dulu niat untuk berkahwin memandangkan angah still belajar dan kakak angah belum kahwin lagi.Bila dia dah kahwin,baru angah boleh kahwin kan?? :D Hehe.
Sekian.

*Tetiba entry tentang Kahwin. 
Read more ...

4th Malaysian Composers Concert Series 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Malam semalam angah tengok persembahan 4th Malaysian Composers Concert Series 2013 yang bertempat di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC).
Konsert ini diadakan untuk menonjolkan bakat serta memberi pendedahan kepada komposer baru serta pensyarah-pensyarah Fakulti Muzik UiTM kepada dunia luar.

Gambar di atas menunjukkan KLPAC

Pada pendapat angah :
Konsert yang menarik dan best.Sebab apa?Sebab angah dapat tengok pensyarah-pensyarah yang mengajar angah membuat persembahan.Bagaimana pesembahan mereka?Ternyata persembahan mereka sangat memukau.
Bahagian yang paling best bila hari terakhir,apabila Menteri Pelajaran Ke dua,Naib Canselor Uitm,dan juga yang lain-lain datang.Sebab apa best? Sebab lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer2 muda sangat best dan menarik.
Angah tertarik dengan lagu yang seram + lagu yang berentak sonata.Memang memukau mata angah untuk teruk melihat konsert tu.Ada juga lagu electronic,yang membuatkan angah terfikir,lagukah ini?Tapi rupanya lagu yang best dan juga menarik.
Apa yang lebih membanggakan,bila pemuzik yang memainkan lagu-lagu komposer baru ini adalah terdiri daripada pelajar dan juga pensyarah Fakulti Muzik UiTM itu sendiri.Memang hebat.
Secara kesimpulannya angah berharap agar rakyat Malaysia akan lebih menghargai karya-karya yang dihasilkan oleh anak muda tempatan. :D
Sekian. 
Read more ...