6 Disember 2013

PageRank Blog naik!?



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sedang sibuk angah beronline,Twitter,Facebook,angah ternampak blogger +Nurmujahidah Ismail  update status tentang blognya yang baru sahaja naik PR nya.Tahniah angah ucapkan.
Pastu angah teruskan lah beronline seperti biasa.Tiba-tiba tergerak hati nak check PR sendiri.*Page Rank
Alhamdulillah,blog DJH dah berjaya naik PR nya.Dari PR1 kepada PR2.Tak sangka sangat.Tapi walauapapun angah kena berusaha lagi untuk memantapkan lagi blog angah ni. :D
Thanks kepada semua yang menyokong DJH. 
*Rasanya ramai blogger yang naik PRnya kan?? :D 
 
 
 

Read more ...

Habiskan Duit RM 1000 000 dalam masa sehari?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ni angah habiskan RM 100!! Sebenarnya bukannnya satu juta pun :D Tak pernah-pernah angah habiskan duit sebanyak itu untuk bershopping tanpa ibu bapa di sisi.Hehe.Angah shopping apa sebenarnya ek??
Hari ni angah pergi ke BENTLEY MUSIC di Mutiara Damansara.Kawasan orang kaya tau!!Hehe,ada sesiapa yang rumahnya di sini??Hehe.
Angah memang sebelum ni merancang untuk ke sini membeli beberapa barang music.Dan alhamdulillah tercapai jugak impian angah untuk memebeli barang2nya.
Bertolak dari Shah Alam sebelum solat Jumaat,solat di Damansara.Tak sangka jumpa artis Ashraf Muslim pulak kat sana.Kemudian,angah membeli Music Stand dengan Reed Clarinet.

Inilah stand music nya.Untuk apa angah beli?Sebagai pemegang skor bila angah nak practice ataupun nak perform.
 

 Ini pulak adalah reed clarinet yang angah beli.Harganya??Semua sekali lebih kurang RM 78.00.Okeylah kan??Lepas tu angah dengan kawan2 pergi makan dan pulang ke Shah Alam dalam keadaan jammed yang agak teruk.
Sekian. 
 
 

 
Read more ...

Mampukah ??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mampukah angah mencapai misi untuk tahun 2013 nie?? :(
Alhamdulillah rasanya ada yang sudah dicapai,dan ada jugak yang masih belum dicapai.
Antaranya :-
Mendapat 3.50 ke atas /Dean List untuk semester pertama.Alhamdulillah angah berjaya mendapat pointer 3.67 untuk semester pertama dan sekarang angah sedang belajar di semester kedua.
Mendapat 1000 Like untuk fanpage DJH.Alhamdulillah,angah berjaya meng"improve"kan fanpage DJH.Sekarang,angah lebih menggunakan fanpage,daripada membiarkannya sahaja.Kadang-kadang angah cari blog untuk bloglist hanya menggunakan fanpage.
 Belum mencapai 2000 Follower untuk blog DJH.Sekarang Follower angah baru sahaja 1872.masih banyak lagi angka yang diperlukan untuk mencukupkan 2000 Follower.InsyaAllah 2013 masih berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Belum mampu membeli clarinet sendiri.Untuk pengetahuan semua,angah memerlukan clarinet sendiri untuk latihan di rumah.Mungkin angah boleh meminjamnya di fakulti,tapi apabila cuti semester,angah tidak mampu untuk bermain clarinet di rumah memandangkan rumah angah di Kedah,manakala Fakulti di Shah Alam.


 
 
 
 
Read more ...