9 Disember 2013

Saya Skandal Dengan Amira Af 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang tak kenal dengan Amira Af 2013 ni?? Mungkin yang tak mengikuti perkembangan Af 2013 tidak berapa kenal.Tapi sejujurnya sudah tentunya ramai yang mengenali penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013.
Senior saya??
Satu hari,angah berada di fakulti. Tiba-tiba angah ternampak Amira.Dan selepas tu abru angah tahu bahawa Amira merupakan seorang plajar UITM Shah Alam,kos yang sama seperti angah Diploma Seni Muzik.
So secara tepatnya,dia adalah senior angah.Yang mana setiap hari angah boleh jumpa dia.Kenapa angah tak perasan semester lepas?? Mungkin sebab dia masih belum dikenali ramai?? Mungkin la kan. :D hehe
So selalu jugak angah terjumpa dia.Cantik orangnya.Lagi real!Nampak terus depan2 :D 
Kesimpulannya
Mungkin lepas ni akan ramai lagi daripada Fakulti angah akan menjadi artis??Mungkin angah sendiri akan menjadi artis??Mungkin juga.Hehe.Thanks. 
 

 

Read more ...

Kembali Bersama...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar penjelasan : Angah pasti anda semua semestinya perasan dengan kelainan dalam blog ini.Apa yang lain?Sudah tentunya iklan Komli sudah tiada,dan digantikan dengan iklan Nuffnang.
Kenapa?Mengapa? 
Sejujurnya angah ingin mengatakan iklan KOMLI bagus dan menarik sebab earningnya tiap-tiap hari naik.Memang snagat best dan lumayan sebab duitnya dalam USD.
Tapi angah rasa macam nak curang kembali dan kembali kepada yang sebelum ni.Sebab rasanya blog ni tak berapa sesuai dengan Komli.Meskipun ada je blogger lain menggunakan Komli.Tapi bagi angah,iklan2 ni hanyalah rezeki sampingan.
Macam tu pulak? 
Nanti angah bagitau sebab dan musabab angah tukar kepada Nuffnang secara lebih terperinci.
Hehe.Sekian. 
Read more ...

Tragis : Hingga Ke Syurga


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
 Ibu,emak,ummi.Semuanya adalah panggilan untuk orang yang sama.Orang yang telah melahirkan kita,menjaga kita dan membesarkan kita.Yang sangat sayangkan kita sebagaimana sayangnya dia terhadap dirinya sendiri.
 Kadang-kadang terfikir ,sanggup hantar ibu sendiri ke rumah orang tua-tua.Mengapa?Tak mampu nak menjaganya lagi??Begitu susahkan hendak menjaga ibu sendiri?
Anak derhaka?Mungkin tidak selagi ibunya tidak mengatakan sebegitu.Tapi bagi angah sendiri,perbuatan seperti itujelas menunjukkan bahawa sayang mereka terhadap ibu tidak seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri.
Angah terbayang tiap hari,apa yang ibu angah sedang lakukan.Apa yang ibu angah masak,semuanya angah terfikir.Memandangkan angah tinggal jauh dari rumah.Setiap kali angah call,mesti akan timbul rasa rindu yang teramat sangat. 
Melihat kepada apa yang terdapat dalam gambar di atas.Jelas menunjukkan kasih sayang antara ibu dan anak.Biarpun ibunya telah mati,anaknya masih meminum susu ibunya.Betapa sedihnya hati ini 
 

Manakala gambar ini pula menunjukkan betapa sayu dan pilunya hati ibu kucing ini apabila melihat anaknya mati satu persatu.Sangat sedih.Jelas menunjukkan bahawa kucing sebetulnya mempunyai perasaan yang lebih bersifat kemanusiaan berbanding manusia itu sendiri. 

Sayangilah ibu anda,selagi mana dia masih hidup.Jika dia sudah tiada,doakanlah supaya dia tenang di sana. :) 
Read more ...