23 Disember 2013

MLM 2013 : BOBOI tersingkir jua.



Selepas mengejutkan para penonton dengan permintaan untuk menarik diri di minggu keempat, hasrat kumpulan Boboi akhirnya tercapai di Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu keenam malam semalam apabila mereka menjadi peserta terbaru yang disingkirkan.
Penyingkiran Boboi itu diumumkan Sheikh Haikel yang merupakan salah seorang dari empat juri tetap untuk MLM 2013 kali ini. Boboi yang dianggotai oleh dua selebriti veteran iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik merupakan peserta senior kerana telah pun menyertai MLM sebanyak tiga kali termasuk kali ini.
Boboi tersingkir di minggu yang bertemakan `Loghat` di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa lawak yang mengandungi loghat masyarakat tertentu. Selain Boboi, dua lagi kumpulan yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Sepahtu dan Wala.
Antara perkara baru pada minggu ini ialah pemilihan untuk peserta individu yang akan dinamakan sebagai `Man of The Match` dan untuk minggu ini ianya berpihak kepada Shahrol dari kumpulan Shiro.
Dengan penyingkiran Boboi, ini bermakna sembilan lagi peserta bakal meneruskan cabaran MLm 2013 pada minggu ketujuh minggu hadapan.
MLM 2013 minggu ke-6 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Sheikh Haikel tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Datuk Yusof Haslam dan Nora Danish. Sumber 
 
 
 
 

Read more ...

Sekolah Terbaik PMR 2013 Pulau Pinang




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sungguh membanggakan. Bekas sekolah angah iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin berjaya menjadi sekolah terbaik bagi seluruh negeri Pulau Pinang.
Kejayaan yang sungguh bermakna buat semua junior2 angah beserta guru-guru.Secara jujurnya angah berasa begitu teruja kerana mereka berjaya mengharumkan nama sekolah.
Apa yang angah tengok,tahun ini,lebih banyak cerita tentang sekolah angah tersiar di surat khabar + televisyen.Antaranya :- 
 
10 Sekolah di Pulau Pinang capai 100% 
 

Surat Khabar berbahasa cina

 
Anak buruh kontrak Cemerlang PMR


Ulangkaji Berjadual Resepi Kejayaan



Sidang Media.

Betapa angah rasa bangga kerana bersekolah disitu.Angah juga bangga kerana junior2 angah berjaya mengharumkan nama sekolah. Seramai 72 dari pada 109 calon PMR berjaya mendapat 100% A. Tahniah :D
Alhamdulillah. 
Tahniah. 

Read more ...